Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Ujian Apa Lagi Yang Belum Aku Rasakan…”- Selepas Adira Menfailkan Cerai, Kini...

    “Ujian Apa Lagi Yang Belum Aku Rasakan…”- Selepas Adira Menfailkan Cerai, Kini ‘Giliran’ Datin Red Pula Dilihat Ke Mahkamah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Berkahwin lebih daripada satu adalah kehidupan yang menjadi impian kebanyakan lelaki, tetapi tidak bagi wanita terutama apabila tahu diri mereka telah dimadukan.

    Dimadukan selalunya dianggap ‘hempedu’ oleh wanita dan tiada seorang pun daripada mereka mahu hidup berkongsi kasih.

    Pun begitu, urusan jodoh sesuatu yang sukar diramal. Semuanya ketentuan Yang Maha Esa.

    IKLAN

    Apa yang pasti, setiap percaturan hidup sudah ditentukan. Mereka yang melalui situasi ini (dimadukan) cuba bersikap positif dengan memujuk hati, pasti akan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

    Berbahas soal ini, genap dua bulan penyanyi Adira Suhaimi memfailkan permohonan cerai, madunya iaitu
    Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red pula dilihat memuat naik gambar di mahkamah, semalam.

    Perkongsian isteri pertama ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu yang popular dengan panggilan Datuk Red itu menimbulkan tanda tanya, apatah lagi disertakan kapsyen mengenai ketentuan takdir.

    Ibu kepada lima cahaya mata itu seolah-olah memberi bayangan mengenai kehidupannya apabila mengungkapkan ketentuan Allah adalah yang terbaik buat dirinya.

    “Serahkan urusanmu kepada Allah. Senyumlah dan tenanglah. Jika sesuatu datang kepadamu itu pasti milikmu.

    “Dan jika sesuatu itu tidak datang kepadamu maka, pasti sesuatu itu tidak sesuai untukmu. Teruslah percaya kepada Allah dan ucapkan Alhamdulillah,” kongsinya dalam Instagram Story.

    Foto yang menunjukkannya berada di luar kamar mahkamah itu berlatarkan lagu Rapuh nyanyian artis Indonesia, Agnes Monica.

    Dalam hantaran lain, Datin Red turut mendedahkan sudah merasai pelbagai ujian dalam kehidupan termasuk ekonomi, keluarga, hubungan dan pekerjaan.

    Malah luahnya lagi, dia juga pernah berada pada titik paling rendah dalam hidup selain berdoa agar terus dikurniakan kebahagiaan.

    “Ya Allah bolehkan aku meminta bahagian kebahagiaanku,” luahnya.

    Biarpun hidup bermadu selepas suaminya mengahwini Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015, perkahwinan Datin Red dan Datuk Red kekal utuh.

    ALSO READ:  “Suara Dah Padu Tapi Fesyen Pulak Hod*h….”-Netizen Kesal Lihat Penampilan Aina Abdul?
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts