Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Ukur Baju Di Badan Sendiri”- Datuk Aliff Syukri Akui Ramai Yang Suka...

    “Ukur Baju Di Badan Sendiri”- Datuk Aliff Syukri Akui Ramai Yang Suka Berlagak Mewah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    “Ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa tak mampu, jangan pakai dan berhutang,” kata Datuk Seri Aliff Syukri, yang sekali lagi mengingatkan kita semua tentang pentingnya hidup mengikut kemampuan, bukan kemahuan.

    Menurut usahawan sensasi ini, ramai yang terperangkap dalam dunia kemewahan palsu dengan berhutang untuk menampakkan diri seperti hidup dalam glamour, sedangkan realitinya, mereka masih bergantung pada sewa rumah dan pinjaman.

    Aliff, yang selalu tampil dengan gaya mewah, berkata kita boleh saja berbelanja, tetapi pastikan kita tidak berhutang untuk sekadar bergaya.

    “Tak salah kalau nak tunjuk kemewahan, tapi pastikan cukai dah bayar dan hutang tak melambak,” katanya, seolah-olah memberi amaran kepada golongan yang suka berlagak mewah tetapi hidup dalam bayang-bayang hutang.

    Malah, Aliff sendiri menceritakan pengalamannya berurusan dengan orang yang meminjam duit daripadanya. “Bila mereka nak pinjam, manis saja mulut. Tapi bila saya nak balikkan duit, macam saya pula yang salah.

    Hutang itu wajib dibayar. Kalau tak bayar, nanti kita juga yang susah,” ujarnya dengan nada penuh hikmah. Satu pesanan yang cukup jelas, hutang itu tidak boleh dipandang enteng, walaupun jumlahnya sedikit.

    Dalam pada itu, Kak KM, atau Liana Rosli, turut memberi pandangan tentang realiti dunia perniagaan. “Nak berharta, memang kena berhutang. Nak beli rumah besar, kereta mewah, mana ada yang boleh bayar tunai?” katanya, sambil menekankan bahawa berhutang itu bukanlah sesuatu yang salah selagi kita tahu tanggungjawab kita untuk melunaskannya.

    Tapi, kata Kak KM, jangan pula sampai berhutang untuk benda yang tak mampu. “Nak beli tas tangan puluhan ribu dengan gaji RM5,000? Itu sudah namanya tipu diri sendiri,” katanya, dengan penuh ketegasan.

    ALSO READ:  ASICS SportStyle Bawa Kembali SKYHAND OG Sneaker Buat Pertama Kali Sejak 1994!

    Dia juga menambah, sebagai usahawan, penampilan adalah penting, tetapi ia perlu sesuai dengan niat dan tujuan. “Kalau saya pakai barang berjenama, bukan nak menunjuk-nunjuk. Itu untuk jadi inspirasi, agar orang lain juga dapat berjaya. Kalau pakai barang murah, pasti rasa ‘down’ pula,” katanya.

    Ada betulnya juga, kadang-kadang, keyakinan datang daripada bagaimana kita tampil, tetapi itu tidak bermakna kita perlu berhutang semata-mata untuk kelihatan mewah.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts