Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUlasan Michael Ang Raih Perhatian-“Banyak Je Aku Tengok Benda Positif Kat Konsert...

    Ulasan Michael Ang Raih Perhatian-“Banyak Je Aku Tengok Benda Positif Kat Konsert Coldplay Tu!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semalam, berlangsungnya konsert yang ditunggu-tunggu iaitu dari Band Ikonik yang pernah menggemparkan dunia suatu ketika dahulu iaitu Coldplay. Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Konsert Coldplay meraih jumlah penonton sebanyak 85,000 sehingga memenuhkan ruangan Stadium tersebut.

    Sebelum ini, banyak pihak yang mendesak agar konsert Coldplay itu dibatalkan, bagi menghormati isu Palestin yang diserang penjajah Zionis Israel. Berlegar di media sosial, kecaman dan cacian serta doa yang tidak elok diberikan netizen agar konsert tersebut dibatalkan.

    Ianya amat sukar dibatalkan kerana tiket telah pun dijual pada bulan Jun yang lalu dan konsert ini melibatkan banyak pihak yang terlibat untuk menjayakannya serta agak mustahil untuk membatalkan dalam tempoh waktu yang terdekat.

    “Konsert Colplay Banyak Menyebarkan Perkara Yang Positif”

    Sejurus sahaja tamat konsert Coldplay, pengarah dan penerbit Malaysia iaitu Michael Ang menyuarakan pendapatnya mengenai konsert tersebut. Menurut Michael Ang, beliau melihat pada video yang dikongsikan di media sosial, konsert tersebut telah menyebarkan perkara yang positif kepada penonton yang hadir mengenai apa yang sedang terjadi pada dunia hari ini.

    “Tengok posting pasal konsert Coldplay macam happening gila. Judging dari clips yang orang post macam banyak aje benda positive kat konsert tu, pasal keamanan, pasal hubungan antara manusia tanpa batas dan lain-lain.”-ujar Michael Ang

    VIA INSTAGRAM

    Selain itu, ada juga netizen yang mendoakan perkara baik buat kumpulan Coldplay, asbab konsertnya itu mungkin dapat mengubah masa depan kumpulan tersebut.

    “Kita tak tahu kebaikan yang mana akan memasukkan kita di dalam Syurga Allah, mungkin suatu hari nanti dia akan memasuki islam siapa tahu. Sebab hidayah Allah itu bukan milik kita”-kata mereka

    VIA INSTAGRAM

    Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk kehidupan semua orang. Semoga kita peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

    ALSO READ:  “Saya Pun Kadang-Kadang Terlajak”- Pernah Tertinggal Solat, Mira Filzah Akui Masih Dalam Fasa Menjaga Ibadah

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts