Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Ulul Azmi Bukan Sekadar Lagu Nasyid, Ia Juga Sebuah Perjalanan Rohani &...

    ‘Ulul Azmi Bukan Sekadar Lagu Nasyid, Ia Juga Sebuah Perjalanan Rohani & Emosi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    nasyid awlanasyid awla

    Kumpulan nasyid Awla tampil dengan ‘buah tangan’ istimewa apabila menampilkan lagu berdurasi hampir 10 minit berjudul Ulul Azmi.

    Sebuah perjalanan rohani & emosi

    nasyid awlanasyid awla

    Awla merupakan gabungan dua kumpulan nasyid iaitu Saujana yang terdiri daripada Suffian, Azalinor, Zuhaidi manakala Azahari dan Idzhar pula daripada kumpulan Nowseeheart.

    Menurut Azalinor, Ulul Azmi mempunyai elemen yang memikat kerana gabungan muziknya yang ala orkestra filem, serta menekankan kesinambungan muzik dan lirik daripada nabi-nabi terdahulu hingga ke nabi terakhir, Nabi Muhammad SAW.

    Ulul Azmi bukan sekadar sebuah lagu nasyid, tetapi ia juga sebuah perjalanan rohani dan emosi. Dengan melodi yang memukau dan lirik yang mendalam, lagu ini bercerita tentang kekuatan dan ketabahan rasul-rasul besar dalam sejarah.

    Malah kami turut terharu apabila lagu ini menarik perhatian penggiat muzik termasuk Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail, dan komposer lagu Mohariz Yaakup yang berpendapat lagu ini sebagai tanda aras baru dalam industri muzik Malaysia khususnya nasyid.

    Kami juga gembira apabila susunan muzik dan vocal dalam lagu ini juga mendapat pujian daripada penerbit lagu, Azlan Abu Hassan dan Damian Mikhail.

    Lagu ini dicipta dan ditulis oleh Awla dan Wan Saleh, dengan Jenny Chin sebagai penerbit dan penyusun muzik serta vokal.

    Selain mereka, turut terlibat dalam produksi ini ialah Steve Thornton (alat perkusi), Wan Gigi (gitar), JadLobo (susunan vokal), Ershad Mohd Azlan (cello solo), serta Fung Chern Hwei (viola solo). Strings orkestra pula telah dirakam oleh The Beijing International Master Philharmonic.

    Projek nasyid paling suka

    nasyid awlanasyid awla

    Sementara itu, tambah Azahari, bekerja dengan Jenny Chin untuk Ulul Azmi adalah pengalaman yang sangat berharga.

    Ini projek nasyid yang saya paling suka selepas lebih 27 tahun dalam industri nasyid.

    Saya suka idea Jenny yang mengadunkan muzik ala Disney dengan sentuhan Timur Tengah. Ia sesuai dengan latar belakang zaman dan tempat kelahiran nabi yang diceritakan dalam lagu.

    Manakala, Jenny berkata, Ulul Azmi adalah kolaborasi yang beliau tidak mampu tolak kerana mempunyai nilai yang istimewa dan tersendiri.

    2024 adalah tahun ke-40 saya dalam muzik dan saya sangat gembira dapat melahirkan Ulul Azmi bersama Awla. Kebetulan, saya baru sahaja menjalani umrah pertama saya awal tahun ini. Ia adalah perjalanan kerohanian yang sangat istimewa.

    Untuk rekod, Awl mula berkolaborasi dalam lagu dan persembahan sejak 2019, dengan matlamat bersama-sama untuk mencipta sesuatu yang berbeza dari lagu-lagu asal Saujana dan Nowseeheart.

    ALSO READ:  [VIDEO] Peminat Tumpang Gembira Impian Siti Nurhaliza Beli Kereta Mewah Range Rover Tercapai – ‘Ini Rezeki Anak-Anak Saya’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts