Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUmat Islam Ditegah Sokong LGBT, Mufti Pulau Pinang Mahu Rakyat Malaysia ‘Memulau’...

    Umat Islam Ditegah Sokong LGBT, Mufti Pulau Pinang Mahu Rakyat Malaysia ‘Memulau’ Konsert Ed Sheeran Pada 24 februari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan hanya bertentangan dengan agama, moral dan budaya Malaysia malah bertentangan dengan undang-undang negara.

    Bahkan, di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan fitrah.

    Oleh yang demikian, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor memohon supaya kementerian berkenaan menghormati pandangan mufti yang menyatakan hukum syarak sebelum menganjurkan acara hiburan.

    Lebih-lebih lagi bagi larangan terhadap aktiviti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang tidak menjadi ijtihad ulama tetapi berdasarkan nusus syar’iyyah yang disebut dengan jelas di dalam al-Quran dan hadis.

    “Setiap Muslim tentu mengetahui agama Islam menolak segala hubungan jenis yang tidak ditegakkan di atas pernikahan yang sah.

    “Semua agama langit menentang aktiviti LGBT kerana ia membawa negara dan umat ke jurang kemusnahan,” katanya.

    Memetik laporan Harian Metro, Wan Salim berkata demikian ketika mengulas mengenai penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 24 Februari depan.

    Artis berkenaan juga didakwa menyokong aktiviti LGBT dan pernah menganjurkan konsert di Malaysia pada April 2019 lalu, di stadium berkenaan.

    Mengulas lanjut Wan Salim berkata, beliau kesal dengan penganjuran konsert membabitkan artis luar negara yang dikatakan penyokong tegar LGBT dan terus dibenar bagi dianjurkan di negara ini.

    Katanya, sebagai negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, sepatutnya tidak membuka ruang kepada penganjuran konsert artis pendokong amalan maksiat yang dilarang bukan sahaja oleh agama Islam, malah oleh semua agama.

    “Sebagai mufti saya rasa bertanggungjawab bagi menggesa pihak kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Komunikasi supaya membatal segera kebenaran bagi mengadakan konsert berkenaan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts