Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentUngkap “Love You BTS” Ketika Promosi Filem DUNKI, Shah Rukh Khan Buat...

    Ungkap “Love You BTS” Ketika Promosi Filem DUNKI, Shah Rukh Khan Buat ARMY Jadi Histeria

    -

    Shopee CNY Sale

    “BTS dan Shah Rukh Khan? Tak sangka pula cameo begini yang kita perlukan!”- ARMY

    Aktor Bollywood, Shah Rukh Khan akhirnya mengumumkan tayangan filem DUNKI yang bakal ditayangkan menerusi sebuah video istimewa. Tetapi dalam pengumumannya itu, ramai yang teruja apabila dia menyatakan minatnya kepada kumpulan K-Pop iaitu BTS!

    Dalam video pengumuman tersebut, Shah Rukh Khan mulakan dengan ketibaannya di pejabat visa dengan permintaan yang unik, iaitu visa melawat 190 negara bermula dari Australia hingga Zimbabwe.

    View this post on Instagram

    A post shared by Netflix India (@netflix_in)

    Walaupun pegawai visa memberitahunya visa seperti itu tidak tersedia, aktor ini tidak berputus asa. Ketika itu, dia menyatakan pengaruh globalnya seperti populari watak ‘Raj’ dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge di Britain hingga Eropah.

    Malah Shah Rukh Khan turut memberitahu bahawa dirinya yang mengajar rakyat Korea Selatan untuk jatuh cinta. Selepas itu, dia menyatakan ‘Love You BTS’ sambil menunjukkan emoji hati menggunakan jarinya.

    Melihatkan adegan ini, peminat BTS yang digelar ARMY rata-rata menyatakan rasa keterujaan mereka dan turut meninggalkan komen.

    “King Khan berkata “Love You BTS” dalam iklan baru #DunkiOnNetflix adalah cinta untuk semua peminat BTS dan SRK seluruh dunia.”

    “SRK menyebut nama BTS adalah sesuatu yang saya tak pernah lihat akan datang.”

    “SRK cakap “Love You BTS”. Ini adalah empayar roman saya.”

    “Sebaik sahaja SRK mengatakan sesuatu, seluruh negara akan mengatakannya! Kami ‘Love You BTS’.”

    Agak-agak kamu, siapa bias Shah Rukh Khan dalam kumpulan BTS?


    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts