Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUngku Ismail Kongsi Kisah Nad Zainal ‘Bunting Pelamin’ Selepas Sebulan Nikah-“Tak Expect...

    Ungku Ismail Kongsi Kisah Nad Zainal ‘Bunting Pelamin’ Selepas Sebulan Nikah-“Tak Expect Sebab..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Ungku Ismail tampil bersuara selepas tular berita mengenai pasangan suami isteri yang bakal timang cahaya mata biarpun baru sahaja mendirikan rumah tangga.

    “Kami Pun Tak Tunggu Bulan Madu…”

    Kongsi Ungku Ismail menerusi Insta Stories, dia berkongsi bahawa pasangannya yang juga pelakon, Nad Zainal turut ‘bunting pelamin’ walaupun setelah sebulan sah bergelar suami isteri.

    “Kami pun tak tunggu bulan madu. Teringat masa first preg Nad early Feb lusanya gi check up sebab makin tebal line. Check up pertama takde apa, cuma rahim mengembang.

    Check up kedua, dah nampak ada bulat hitam. Dr kata tahniah, dah 6 weeks. Terkejut aku. 6 weeks apanya, nikah baru sebulan lepas. ‘Ya kita kira ikut last period cycle’, maknanya bukan date nikah.”-kongsi Ungku Ismail di Instagram

    “Rezeki Allah Yang Bagi..”

    Akui tidak menjangkakan bahawa isterinya akan hamil kerana berada di bawah rawatan kemoterapi serta ‘heavy steroid medication’, Ungku Ismail yang berpendapat kehadiran cahaya mata dalam keluarganya sebagai rezeki itu turut menitipkan doa buat pasangan yang ‘struggle’ mendapatkan cahaya mata untuk terus bersabar serta berdoa kepada Allah SWT.

    “Rezeki Allah yang bagi. Tak expect sebab Nad under chemo dan heavy steroid medication. Kepada pasangan ini, tahniah. Banyakkan berdoa agar semua dipermudahkan.

    Doa saya juga kepada yang struggle menanti. Yang terbaik datang kepada mereka yang banyak bersabar. Teruskan beramal dan berdoa. Allah Sesungguhnya Maha Pemurah.”-tulis Ungku Ismail lagi

    Sekadar info, Ungku Ismail dan Nad Zainal mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023. Pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada Oktober lalu.

    Nad Zainal juga mempunyai sepasang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Fahad Ibrahim, dan Budi Kalsom.

    ALSO READ:  Dari Aamir Khan Hingga Shah Rukh Khan, Ini 6 Selebriti Bollywood Yang Pernah Lakukan Umrah

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts