Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUNIQLO Edar Lebih 62,500 Pakaian Terpakai Kepada Lebih 2,500 Pelarian

    UNIQLO Edar Lebih 62,500 Pakaian Terpakai Kepada Lebih 2,500 Pelarian

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jenama pakaian terkenal dari Jepun, UNIQLO terus memperjuangkan sokongan pelarian melalui program RE.UNIQLO. Semasa acara lima hari yang berlangsung dari 24 hingga 28 Jun 2024. UNIQLO mengedarkan lebih 62,500 helai pakaian terpakai kepada lebih 2,500 pelarian di pejabar UNHCR, Agensi Pelarian PBB di Kuala Lumpur.

    Sempena Hari Pelarian Sedunia pada 20 Jun, inisiatif pengedaran pakaian menonjolkan komitmen UNIQLO untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada pelarian di Malaysia, menyumbang kepada kesejahteraan mereka dan memelihara maruah mereka.

    Pada majlis itu, sukarelawan dari syarikat induk UNIQLO, Fast Retailing, bersama-sama wakil dari pejabat Singapura, rakan kongsi dari NTT Malaysia dan PKT Logistics, dan pelajar dari Kolej INTI dan Universiti Sunway, membantu dalam mengiringi pelarian ke kawasan pengedaran dan membantu mereka memilih barangan pakaian, menonjolkan kepentingan sumbangan sosial dan kuasa transformatif pakaian.

    “Kami amat menghargai semua yang UNIQLO lakukan untuk pelarian. Selama bertahun-tahun, UNIQLO kekal teguh dalam komitmennya kepada pelarian melalui pelbagai program kemanusiaan. Ini termasuk latihan kemahiran dan program berdikari, dan aktiviti pengedaran pakaian.

    Pakaian bukan sekadar lapisan pelindung tubuh, ia juga mengembalikan rasa maruah bagi orang yang kehilangan segala-galanya. Jangan memandang rendah betapa besar ertinya bagi pelarian melihat tangan persahabatan dan kemanusiaan ini yang telah dihulurkan kepada mereka oleh rakyat Malaysia yang penuh belas kasihan.” kata Yante Ismail, ketua Komunikasi UNHCR

    Dengan mendekati segmen komuniti yang berbeza, UNIQLO berhasrat untuk menyumbang secara bermakna kepada kesejahteraan dan keselesaan orang yang hidup dalam keadaan yang mencabar dan membantu menjadikan kehidupan seharian lebih baik untuk semua orang.

    Untuk maklumat lanjut tentang UNIQLO dan inisiatif kemampanannya, sila layari www.uniqlo.com/my .

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts