Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUNIQLO & JW Anderson Perkenal Koleksi Musim Bunga/ Panas 2025 Dengan Gaya...

    UNIQLO & JW Anderson Perkenal Koleksi Musim Bunga/ Panas 2025 Dengan Gaya Modern ‘Preppy’!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peruncit pakaian global, UNIQLO hari ini melancarkan koleksi terbaharu untuk Musim Bunga/ Musim Panas 2025 UNIQLO & JW ANDERSON bermula pada 3 Januari 2025. Koleksi terbaharu ini, yang bergaya moden pada gaya preppy, memfokuskan pada material dan praktikaliti, mentafsir semula item klasik dengan kombinasi rekaan yang mencerminkan trend semasa dan warna-warna cerah.

    Pereka, Jonathan Anderson menyatakan bahawa koleksi pada musim kali ini memfokuskan kepada item klasik seperti t-shirt oxford, jean denim, t-shirt polo dan hoodie. Jean dan hoodie terutamanya telah direka semula dengan perhatian khusus terhadap perincian untuk mencapai kesesuaian yang paling ideal.

    Item Dengan Gaya Moden 

    T-shirt oxford bercorak putih, biru berjalur klasik, dan baju polo ragbi berwarna merah jambu dan kuning yang menarik, menampilkan siluet pendek dan berkotak.

    Blazer Miracle Air, ikonik untuk gaya preppy, dihasilkan dengan material berprestasi tinggi agar ringan, elastik dan cepat kering. Satu lagi perkara yang harus diberi perhatian adalah aksesori seperti beg, stokin dan tali leher, dipersembahkan dengan warna yang menarik.

    Seimbangkan Gaya & Keselesaan

    Kemeja polo lelaki yang sederhana, tersedia dalam pelbagai jenis, 4 jenis dan 13 warna, menggabungkan fungsi  DRY  dan bahan pique agar ia boleh digayakan sepanjang musim.

    Seluar pendek chino lelaki dengan siluet ringan yang menyeronokkan dan selesa. Seluar jeans ‘straight cut’ wanita yang dihiasi dengan logo JWA diperbuat daripada bahan lembut untuk pemakaian yang selesa.

    View this post on Instagram

    A post shared by UNIQLO Malaysia (@uniqlomyofficial)

    Koleksi penuh Musim Panas/ Bunga 2025 ini akan mula didapati di semua butik UNIQLO Malaysia dan laman web UNIQLO bermula 3 Januari 2025.

    ALSO READ:  [VIDEO] Imej Terbaru Shaharul Ridzwan Raih Perhatian Ramai!-“Kami Ingatkan Ustaz Kazim Elias Tadi”



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts