Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUNIQLO Outlet Terbesar Di Malaysia Kini Dibuka Di The Exchange TRX!

    UNIQLO Outlet Terbesar Di Malaysia Kini Dibuka Di The Exchange TRX!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peniaga pakaian global, UNIQLO hari ini meraikan pembukaan rasmi kedai baharunya di The Exchange TRX di Kuala Lumpur. Cawangan UNIQLO yang baru dibuka ini berdiri dengan teguh sebagai outlet yang terbesar di Malaysia, menawarkan rangkaian produk serta perkhidmatan UNIQLO yang terbaik buat pelanggan tempatan serta pelancong.

    Merentasi keluasan 38, 719 kaki persegi, UNIQLO The Exchange TRX meningkatkan pengalaman membeli belah untuk pelanggan tempatan serta pelancong. Terletak pada lokasi strategik di tengah-tengah bandar berhampiran kemudahan pengangkutan awam yang bertujuan untuk menjadi destinasi membeli belah untuk semua orang.

    Pembukaan kedai baharu di The Exchange TRX menunjukkan komitmen UNIQLO untuk menyampaikan LifeWear, menawarkan pakaian yang selesa dan bergaya kepada pelanggannya. Mempunyai tiga tingkat, kedai ini mempamerkan pelbagai jenis pakaian LifeWear berkualiti tinggi dan selesa UNIQLO, termasuk koleksi terkini untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

    Pelanggan boleh menjangkakan pelbagai pilihan , daripada barangan keperluan harian kepada barangan terkini dan mengikut musim.

    Sorotan Menarik di UNIQLO The Exchange TRX Termasuk:

    UTme Ekslusif! Kolaborasi Rekaan Bersama Artis Tempatan 

    Sempena pembukaan UNIQLO The Exchange TRX, peruncit pakaian global ini bekerjasama dengan artis tempatan, Shan Shan Lim untuk mencipta rekaan UTme!.

    Rekaan berkenaan sebagai peringatan untuk berhubung dengan dunia, manakala ilustrasi flora memberikan komitmen berterusan terhadap kemampanan, dan menjemput pelanggan untuk meneroka refleksi mereka.

    UNIQLO Coffee

    Terletak pada Concourse Level, UNIQLO Coffee ini menawarkan pelbagai pilihan minuman dan snek, yang mana kebanyakannya adalah kegemaran rakyat Malaysia.

    Menyediakan kemudahan dine-in dan take-away, ia memberikan pengalaman kepada pelanggan untuk menikmati campuran kopi signatur oleh UNIQLO.

    RE.UNIQLO Studio

    RE.UNIQLO telah dilancarkan pada November 2022, menyumbang ke arah ekonomi  melalui kitar semula dan 3Rs: Repair, Reuse, dan Recycle .

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Kak KM Hantar Kakak Tunai Haji, Netizen Sebak!-“Eratnya Hubungan…”

    Terletak di Tingkat Satu , Studio RE.UNIQLO menawarkan perkhidmatan pembaikan seperti sulaman dan jahitan Sashiko, membantu pelanggan memanjangkan hayat barangan LifeWear.

    UT & UTme!

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts