Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUNIQLO Perkenal Koleksi 2024 Fall/ Winter Yang Lebih Selesa

    UNIQLO Perkenal Koleksi 2024 Fall/ Winter Yang Lebih Selesa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peruncit pakaian global, UNIQLO baru sahaja melancarkan koleksi Musim Luruh/ Musim Sejuk 2024 untuk UNIQLO: C, barisan pakaian istimewa daripada pereka fesyen terkenal Britain, Clare Waight Keller, yang terkenal dengan rekaan pakaian yang effortless dan sofistikated.

    Koleksi yang bersih serta butiran halus menyerlah ini menyampaikan suasana bandar pada musim luruh dan musim sejuk dengan keindahan dan keselesaan sebenar.

    Pakaian Lelaki Disediakan Buat Pertama Kalinya

    Koleksi pakaian lelaki buat pertama kalinya disediakan untuk musim kali ini. Broadcloth shirts dalam potongan tona lembut kepada siluet bersaiz besar kontras dengan kehangatan jaket ikonik high V-neck and felted knitted tailored. Gabungan ini bersama parachute pants yang santai, dan parka utiliti untuk gaya kasual dan suasana yang relaks. Aksesori termasuklah soft volume nylon tote dan sleek monotone low-cut sneaker.

    Koleksi Pakaian Wanita Yang Moden & Anggun

    Memperkenalkan item HEATTECH baharu dengan gabungan kasmir halus, licin dan hangat, menjadi lapisan asas penggayaan yang penting. Lightweight knitted cashmere tona lembut didatangkan dengan cropped vest dan crew cardigan.

    Menurut pereka, Clare Waight Keller menyatakan bahawa dia sentiasa menyukai interaksi antara kegunaan pakaian lelaki dan unsur feminin pakaian wanita.

    “Saya teruja untuk melancarkan pakaian lelaki bersama pakaian wanita untuk koleksi baharu. Saya sentiasa menyukai interaksi antara kegunaan pakaian lelaki dan unsur feminin pakaian wanita.

    Koleksi ini melihat kedua-duanya digabungkan dengan lancar dalam palet, fabrik, dan gaya. Mencipta wardrobe dengan helaian yang benar-benar boleh ditukar ganti.”-kata Clare Waight Keller

    View this post on Instagram

    Anda boleh melihat koleksi penuh Musim Luruh/ Musim Sejuk 2024 untuk UNIQLO: C di UNIQLO TRX, Fahrenheit 88, One Utama dan secara dalam talian di Uniqlo.com bermula 6 September 2024.



    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts