Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 2, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentUNIQLO Perkenal Koleksi Edisi Terhad Marimekko Summer 2024

    UNIQLO Perkenal Koleksi Edisi Terhad Marimekko Summer 2024

    -

    Shopee CNY Sale

    Jenama pakaian terkenal dari Jepun, UNIQLO melancar koleksi terbaharu bersama jenama tersohor dari Finland, Marimekka bagi menghasilkan koleksi edisi terhad sempena musim panas 2024.

    Koleksi musim panas UNIQLO x Marimekko  ini menampilkan gaya yang simple dan selesa dengan cetakan unik dan bold. Gaya musim panas kali ini akan memberikan warna yang menonjol apabila di bawah sinaran matahari yang akan menambahkan warna pada momen yang tidak dapat dilupakan bersama rakan, keluarga dan yang tersayang.

    Enam Cetakan Unik Marimekko

    Koleksi terbaharu ini menampilkan sebanyak enam cetakan unik Marimekko yang menggambarkan perasaan keseronokan pada musim panas daripada empat pereka Marimekko yang terkenal. Koleksi ini termasuklah corak arkib dari tiga dekad: 1950-an, 1960-an, dan 1970-an. Grafik Maija Isola dengan cetakan Melooni (tembikai) dan Asema (stesen). Beruang skala kecil Pentti Rinta bertemu dengan cetakan bunga abstrak Maija Isola Ruukku (pasu bunga) dan Demeter Katsuji Wakisaka.

    Untuk membawa irama kepada suasana yang abstrak, koleksi ini menampilkan Lirinä (bunyi air menggelegak), juga oleh Rinta, manakala Vuokko Eskolin-Nurmesniemi membawa ekspresi yang kuat kepada koleksi. Pilihan cetakan yang menggembirakan ini memberikan sesuatu kepada semua individu daripada jalur tebal kepada bunga abstrak,, sesuati untuk hari musim panas yang akan datang.

    Dres, T-Shirt, & Aksesori Untuk Nikmati Musim Panas

    Koleksi baharu ini menawarkan pelbagai jenis pakaian yang sesuai untuk musim panas, dipadankan dengan aksesori, daripada bucket hat, selipar kanvas, dan round mini shoulder bag. Selain item tambahan untuk wanita, koleksi baharu ini menampilkan juga barangan untuk bayi. Pakaian musim panas yang sempurna ini boleh menjadi set cetakan padanan yang sepadan atau padanan baju dan kemeja-T yang selesa bersama skirt.

    ALSO READ:  Konsert Yuna Paling Epic! Air Mata Yuna Akhirnya Gugur Pada Akhir Persembahan

    Keseluruhankoleksi UNIQLO x Marimekko bakal tersedia buat pembelian bermula 3 Mei ini di rangkaian stor Uniqlo dan laman web rasmi Uniqlo.

    Related articles

    Follow Us

    20,434FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts