Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUnit Drama TV RTM Terbit “DON’T WISH ME MERRY CHRISTMAS”

    Unit Drama TV RTM Terbit “DON’T WISH ME MERRY CHRISTMAS”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Drama RTM berkongsi kegembiraan sambutan Hari Natal yang diraikan pada 25 Disember dengan menerbitkan drama khas bertajuk “Don’t Wish Me Merry Christmas”.

    Bermula 25 Disember 2023

    via RTM

    Arahan Muhamad Ikhsan Sukiman, telemovie yang menampilkan pelakon Fabian Loo, Theebaan G, dan Elvina Chua ini disiarkan pada 25 Disember ini, pukul 8.00 malam di TV2.

    Ia membawa kisah Stanley, seorang pegawai bank yang tidak suka dengan sambutan Hari Natal.

    Menurutnya, sambutan Hari Natal adalah sesuatu yang malang, kerana dia pernah mengalami insiden dan peristiwa buruk pada beberapa Hari Natal yang lepas.

    Keadaannya berbeza dengan David, rakan karib Stanley yang sangat bersemangat untuk menyambut Hari Natal dan cuba mempengaruhi Stanley menukar pandangan pesimistiknya terhadap Hari Natal.

    Melaksanakan Beberapa Rancangan

    via RTM

    David mencuba beberapa rancangan untuk memperlakukan Stanley menyukai Hari Natal tetapi tidak berjaya.

    Berlakulah pertengkaran di antara mereka sehingga menyebabkan David jatuh pengsan dan terpaksa dihantar ke hospital. David disahkan menghidap penyakit kanser perut dan tidak mempunyai masa yang lama.

    Dalam masa yang sama, Stanley dapat tahu bahawa David mengambil hutang baru dan keadaannya yang sakit boleh menimbulkan risiko untuk kafe milik David disita.

    Mereka juga mendapat tahu bahawa Natalie kini sudah mengandung. Perkara ini menyebabkan Stanley lebih percaya bahawa Hari Natal ini membawa malang bertimpa-timpa dan tidak patut disambut.

    Adakah Percubaan Megubah Pendirian Berjaya?

    via RTM

    Stanley membuat keputusan untuk menyelamatkan kafe David dan secara tak langsung memberitahu David tentang rahsia yang disimpan lama.

    Alasannya bukan suka pada sambutan Hari Natal adalah kerana dia kehilangan ibunya pada Hari Natal sambil dia berpesta di tempat lain.

    ALSO READ:  Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega Pada Ogos – ‘Saya Sendiri Pilih Jalan Untuk Berpisah’

    David cuba memujuk Stanley tetapi Stanley tidak mahu mendengar. Ketika Stanley diserang panik melampau, pekerja David, Mrs Chan menemui Stanley dan cuba menenangkan Stanley.

    Adakah percubaan tersebut berjaya untuk mengubah pendirian Stanley? Ikuti kesudahannya di TV2 juga boleh menyaksikan secara penstriman langsung menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts