Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUntung Neelofa Miliki Suami Soleh Pimpin Ke Syurga, PU Riz Dipuji Sering...

    Untung Neelofa Miliki Suami Soleh Pimpin Ke Syurga, PU Riz Dipuji Sering Kongsi Doa Rumah Tangga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kehormatan kepada suami adalah wajib selama suami tidak menyuruh kepada perkara yang dilarang oleh agama. Jika tidak, isteri tidak perlu mematuhi suaminya dalam perkara yang menyalahi syarak.

    Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W bahawa suami sendiri adalah pintu syurga bagi isteri.

    Maka para isteri yang sudah berumahtangga atau para wanita yang masih belum berkahwin, hendaklah menyedari bahawa pernikahan ini adalah sesuatu yang sangat mulia. Di situ terdapat syurga dan neraka.

    Mencari keredaan Allah SWT dalam pembinaan perkahwinan adalah penting. Jangan hanya mencari keredaan manusia tanpa mengambil peduli dengan tindakan yang boleh menyebabkan murka-Nya.

    Sebagai contoh, usahawan dan pendakwah terkenal, Haris Ismail berkongsi doa yang sering diamalkan demi keharmonian rumah tangga bersama isterinya, Neelofa dan mendapat pujian orang ramai.

    Pemilik nama penuh Muhammad Haris Mohd. Ismail berkata, dia mendapat inspirasi dan doa tersebut daripada orang sekelilingnya yang sudah berumah tangga hampir 30 tahun.

    “Saya ada pakcik yang dah kahwin 30 tahun, Saya terinspirasi dan saya tanya macam mana nak kekalkan hubungan rumah tangga dan dia kata dia baca doa letak tangan atas kepala isteri.

    “Maksudnya doa tersebut ialah ‘Ya Allah aku minta kebaikan atas isteri dan kebaikan yang telah Engkau takdirkan kepada dia’.

    Pada masa sama, lelaki berusia 29 tahun itu sempat memuji Neelofa dan menyifatkan isterinya itu wanita dan ibu yang sangat baik pada suami, keluarga mahupun anak-anak.

    Tinjauan menerusi ruangan komen mendapati rata-rata netizen menyifatkan Neelofa seorang wanita yang beruntung kerana mempunyai seorang suami soleh yang boleh membimbingnya ke jalan yang benar.

    “Haris ni contoh suami yang baik, walaupun usianya muda, banyak yang dia tahu dan belajar dengan orang sekeliling, untung mak Bilal dapat suami penuh ilmu agama,” demikian komen seorang lagi netizen.

    Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua putera iaitu, Muhammad Bilal,1 dan Abdullah Abbas yang dilahirkan 11 Julai lalu.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts