Nama pelakon Uqasha Senrose menjadi bualan netizen susulan dakwaan memukul pembantu peribadinya.
Terbaru, Uqasha tampil mendedahkan perangai sebenar pembantu peribadinya.
Keluar masuk macam rumah sendiri
Menurut Uqasha, dia tidak pernah kisah sekiranya pembantunya itu hendak keluar masuk dari rumahnya. Bahkan, gaji setiap bulan tetap diberikan meskipun, tiada penggambaran yang berlangsung pada bulan tersebut.
Dakwa Uqasha, pembantunya itu suka bercakap buruk mengenai majikan lamanya.
Ujar Uqasha lagi, dia pernah terlintas bahawa pembantu peribadinya itu akan membuka aibnya suatu hari nanti.
Masuk bilik tidur tanpa kebenaran
Berbicara lebih lanjut, isteri kepada aktor Kamal Adli ini mendakwa, pembantu peribadinya itu pernah masuk ke dalam bilik tidurnya tanpa kebenaran. Lebih mengejutkan, pembantu peribadinya itu didakwa mengetahui di mana tempat penyimpanan wang.
Siap nak salah kan pembantu rumah
Uqasha turut mendakwa pembantunya itu pernah menyalahkan pembantu rumahnya.
Usik pakai baju orang?
Berbicara lebih lanjut, Uqasha membongkarkan rahsia di mana pembantunya itu didakwa memakai pakaian tidurnya secara suka hati.
Cuba tak nak buka aib
Di akhir posting, Uqasha memberitahu dia sedaya upaya tidak mahu membuka aib orang dan mahu menyelesaikannya secara baik.