Isteri kepada pelakon Kamal Adli iaitu Uqasha Sensrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada awal pagi Sabtu.
‘Assalamualaikum Uqaira’
Berita gembira itu dikongsikan oleh pelakon, Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, menerusi hantaran di Instagram. Pasangan ini bersepakat memilih nama Uqaira buat puteri sulung mereka.
Dalam pada itu, Uqasha meluahkan rasa syukur kerana proses melahirkan bayi perempuan yang seberat 2.72 kilogram itu dipermudahkan.
Alhamdulillah selamat melahirkan my little princess subuh tadi. Welcome to the world, sayangku. I love you so much Uqaira sayang.
Uqasha sempat berkongsi foto pertamanya bersama Uqaira.
Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.