Pelakon, Datin Intan Najuwa membidas seorang warganet yang bertindak memperlekeh usahanya menghias bilik buat anak sulungnya.
‘Nanti anak duduk dalam bilik kita juga’
Menerusi hantaran yang dimuat naik, dapat dilihat tangkap layar komen yang ditinggalkan seorang wargamaya terhadap video terbaharu Intan yang berkongsi ‘update’ terkini bilik anaknya di TikTok.
Menurut individu tersebut, usaha yang dibuat pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ seakan sia-sia kerana anak yang bakal dilahirkan kelak akan berada di bilik ibu dan bapanya.
Aku dulu beria hias bilik baby bukan main.
Akhirnya baby duduk dalam bilik aku sebab nak menyusu, mana boleh tinggal.
Tempelak semula netizen
Tidak berdiam diri, pelakon berusi 27 tahun itu tampil menjawab kenyataan netizen tersebut dengan mengatakan bahawa bilik yang disediakan adalah untuk menyimpan segala barangan milik anaknya kelak.
Ye jebon, kita pun bukan nak suruh dia dalam bilik dia.
Kita hias bilik dia untuk letak barang-barang dia.
Takkan nak tumpang bilik jebon.
Terdahulu,Intan mendedahkan hamil anak pertama dan bakal menimang cahaya mata perempuan selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.
Video
@intannajuwaaaBaby girl’s room update. It’s a toile de jouy baby! <3? original sound – noral_flute