Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUsahawan Dessert Mohon Netizen Tak Boikot & Kecam Peniaga Lain Yang Didakwa...

    Usahawan Dessert Mohon Netizen Tak Boikot & Kecam Peniaga Lain Yang Didakwa Tiru Produk – ‘Sokong Satu Sama Lain, Semua Cari Rezeki’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Auntie JaAuntie Ja

    Seorang usahawan pencuci mulut yang dikenali sebagai Auntie Ja meminta orang ramai agar tidak memboikot dan mengecam peniaga lain susulan video dia meluahkan perasaan menjadi tular, baru-baru ini.

    Jangan boikot peniaga lain

    Auntie JaAuntie Ja

    Menurut usahawan berkenaan, niat asalnya berkongsi video sebelum ini hanya untuk meluahkan perasaan apabila mendakwa terdapat segelintir peniaga yang meniru produk dan konsep jualannya.

    Katanya, dia tidak berasa gembira apabila netizen mula menyerang peniaga lain berhubung isu tersebut.

    Saya juga mahu pesan, saya ada lihat netizen yang sudah mengajak netizen lain untuk boikot peniaga lain. Yang mereka rasa layak untuk diboikot.

    Saya juga lihat ada netizen yang mengecam peniaga lain. Saya rasa itu bukan tujuan asal saya memuat naik video sebelum ini. Cukup orang ramai faham perasaan saya.

    Saya tidak gembira apabila ada segelintir yang memboikot dan mengecam peniaga lain. Itu bukan perkara yang baik. Saya takut.

    Saya rasa kita seharusnya saling menyokong antara satu sama lain. Sebab kita kebanyakan orang Islam yang sama-sama mencari rezeki.

    Auntie Ja berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video di TikTok miliknya.

    Dalam hantaran sama, Auntie Ja meluahkan rasa syukur dan terharu apabila banyak pihak yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

    Tak sangat video saya meluahkan perasaan itu menjadi viral. Saya fikir apabila post video tersebut, akibatnya nanti saya akan terima kecaman, tetapi sebaliknya.

    Rupanya ramai yang sayang dan faham keadaan saya. Tetapi saya juga ingin mohon maaf sekiranya ada segelintir pihak yang berkecil hati dengan saya.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Tya Arifin Selamat Bersalin Anak Ketiga, Beri Nama Aghnia Amira Jiwa
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts