Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUsanita Imbau Zaman Kanak-Kanak Sempena Merdeka, Bangkitkan Warisan Negara Di Menara KL

    Usanita Imbau Zaman Kanak-Kanak Sempena Merdeka, Bangkitkan Warisan Negara Di Menara KL

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usanita Sdn Bhd dengan penuh semangat menganjurkan Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka di Menara Kuala Lumpur pada Khamis.

    Acara ini menggabungkan elemen masa depan dan masa lampau, bertemakan neon dan nostalgia zaman kanak-kanak untuk menyatukan semua dalam satu program yang penuh warna-warni dan berjiwa merdeka.

    Semarakan kemerdekaan

    Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Yang Berhormat Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9, Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berbahagia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Abdul Hamid Shaikh, Pengarah Urusan, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd bersama CEO Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd Encik Nazli bin Saad.

    Usanita Fest dimeriahkan lagi dengan barisan selebriti terkenal seperti Awal Ashaari, Ella, Fiza Sabjahan, Amir Masdi, Uyaina, Zoey Rahman, Marsila Hasan, dan Syairul Islam. Mereka turut sama menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui penampilan dan persembahan yang menghiburkan.

    Satu lagi sorotan istimewa ialah ketika semua tetamu kehormat dan hadirin bersama-sama naik ke pentas untuk mengibarkan Jalur Gemilang, diiringi nyanyian Ella dengan lagu “Standing in The Eyes of The World”. Momen ini sungguh mengujakan, menghidupkan semangat patriotisme dan kebanggaan terhadap tanah air.

    Hidupkan zaman kanak-kanak

    Menariknya, acara ini mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti seperti permainan tradisional congkak, batu seremban, dan ting ting, selain daripada demo seni kraf canting batik yang membangkitkan warisan tradisi kita.

    Suasana bertambah meriah dengan sentuhan futuristik yang diterapkan melalui elemen neon dan gubahan muzik dari DJ yang menggetarkan, direka khas untuk menarik minat golongan muda dan pelancong yang ingin merasai keunikan budaya Malaysia.

    ALSO READ:  Leona Dedah Belum Terima Permohonan Maaf, Dakwa Ex BFF Tidak Mahu Berbaik – ‘Saya Call, Text Dia Tak Jawab’

    Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana dalam ucapannya berkongsi bahawa tema Jiwa Merdeka dipilih untuk menghidupkan semula memori indah zaman kanak-kanak sambil menyatukan semua lapisan masyarakat dalam semangat kemerdekaan.

    Pendekatan ‘throwback to childhood memories’ ini memberikan sentuhan nostalgia yang membawa kita kembali ke zaman kecil, sementara elemen neon melambangkan harapan masa depan yang lebih cerah.

    Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil juga menyatakan rasa bangganya terhadap pencapaian Usanita di bawah kepimpinan Datuk Adzliana, berharap beliau akan terus bersemangat memberi sumbangan kepada masyarakat.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts