Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUsia Cecah 43 Tahun, Iqram Dinzly Percaya Ada ‘Sinar’ Untuk Berumah Tangga...

    Usia Cecah 43 Tahun, Iqram Dinzly Percaya Ada ‘Sinar’ Untuk Berumah Tangga – ‘Tapi Sekarang Hanya Mama Di Hati’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Iqram Dinzly mendedahkan masih berharap agar dipertemukan jodoh meskipun usianya kini mencecah 43 tahun.

    Iqram nak bahagiakan ibu

    Ketika ditemui di majlis pelancaran Sun Spectrum + oleh Avenys, Iqram meluahkan kebimbangan terhadap sikap individu zaman sekarang yang terlalu terbuka untuk berkongsi masalah rumah tangga dengan membuka aib pasangan sendiri di media sosial.

    Saya risau dengan keadaan sekarang. Media sosial sangat jahat, banyak berlaku perceraian atau masalah rumah tangga berpunca daripada media sosial.

    Saya tak takut cuma saya memberi peluang kepada diri saya untuk memiliki seorang isteri mithali atau ibu kepada anak-anak saya, InsyaAllah.

    Saya masih berharap (berkahwin) sebab tengok kawan-kawan seperjuangan saya dah ada keluarga sendiri, dah nampak warisan dan legasi mereka. Saya teringin juga nak tengok hasil (anak) daripada sperma saya dan ovum isteri saya.

    Dalam pada itu, Iqram atau nama lengkapnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin memberitahu dia masih belum mempunyai seseorang yang istimewa dihati sebaliknya dia kini mahu memberi kebahagiaan kepada ibunya.

    Saya tiada sesiapa. Terus terang saya cakap, dalam hati saya sekarang hanya ada mama saya sahaja untuk saya fikirkan. Selama ini saya rasa saya tak mampu nak beri banyak kepada papa saya, tapi untuk mama saya ni saya rasa saya kena beri.

    Jadi banyak benda yang saya kena perbaiki balik. Biarlah saya beri kebahagiaan kepada mama dulu, kemudian baru saya fikir isteri dan anak-anak.

    Sebab tu saya gilakan diri saya, tak ada siapa dekat dengan saya.  Saya pun tak sempurna tapi saya perlu menyempurnakan kehidupan saya.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Aisyah Hijanah Dipuji Netizen Isu Pindah Milik Harta Sepencarian Bersama Suami-“Isteri Yang Bijak..”
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts