Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUsia Hampir Cecah 50 Tahun, Ning Baizura Kongsi Rahsia Untuk Kekal Awek...

    Usia Hampir Cecah 50 Tahun, Ning Baizura Kongsi Rahsia Untuk Kekal Awek Muda!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semua sedia maklum bahawa Gegar Vaganza 11 (GV11) akan berlangsung tidak lama lagi. Antara perserta yang turut bertanding adalah Ning Baizura, Liza Aziz, Ronnie Hussein, Reshmonu dan Arrora Salwa.

    Selain itu ialah Fairuz Selamat, Illa Sabri, Nai Dinamik dan Zehra Zambri juga merupakan pesaing yang akan turut bertanding untuk GV11 kali ini.

    Memberikan Kenangan Untuk Ibu

    Antara peserta yang menjadi perhatian adalah penyertaan Ning Baizura. Menurut Ning antara faktor dia terbuka hati menerima tawaran itu adalah kerana mahu memberikan satu kenangan terindah buat ibunya iaitu Satilah Abdullah.

    Dalam keadaan ibu saya yang kini menghidap dimensia dan berusia 80-an, inilah adalah masa terbaik untuk dia melihat kembali anaknya berada di televisyen.

    Dia mungkin dah tak ingat bila kali terakhir saya membuat muncul di televisyen. Sebagai anak saya mahu berikan kenangan indah buat ibu.

    Tambah Ning lagi, ibunya yang sudah tiga tahun disahkan menghidap penyakit itu teruja untuk hadir sebagai penonton sempena ulang tahun kelahiran pada 1 Disember depan.

    Dalam masa sama, Ning berkata pentas GV11 adalah peluang terbaik untuk dia terus memperjuangkan bakat seni.

    Ning Kongsi Rahsia Nampak Muda

    via Instagram Ning Baizura

    Dalam pada itu, bila ditanya mengenai rahsia Ning kekal bertenaga dan sentiasa kelihatan muda pada usia hampir 50 tahun, Ning berkongsikan kepada peminatnya.

    Saya bangga nak masuk umur 50.

    Saya dah 30 tahun jaga pemakanan, senam selalu makan banyak ulam.

    Itu rahsia saya. Tiada rahsia, mak bapa kita sudah lama mengamalkan ini.

    Selalu berpuasa. Puasa itu bagus, ia adalah satu cabaran dimana kita cabar diri kita. Ia sangat bagus untuk badan kita.

    Jika kita jaga tutur kata, hemah kita, insyallah peminat dan orang kuar akan nampak sinarannya.

    Jelas Ning, baginya untuk kekal nampak muda adalah dengan menjaga pemakanan dan sentiasa berpuasa meskipun bukan pada bulan Ramadhan.

    ALSO READ:  ‘Rasa Sedih Ada Yang Kata Sudah Penat Dengar Saya Nyanyi Lagu Masing-Masing’ – Bella Astillah

    Malah Ning juga turut menyatakan, perlulah menjaga hemah dan pertuturan agar sinaran itu akan nampak dari luar.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts