Pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal menitipkan ucapan terima kasih buat semua guru termasuklah orang ramai yang memberikan teguran susulan beberapa kontroversi yang dihadapinya, baru-baru ini.
Hargai teguran yang diberikan
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Don Daniyal Don Bijayid ini memaklumkan bahawa dia juga menghargai teguran yang diberikan dan berharap agar kejadian yang menimpa memberikan pengajaran buatnya.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan orang ramai di atas segala teguran dan peringatan buat diri saya.
Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua. Dan menjadikan di kalangan kita orang yang baik dan dicintai oleh orang yang baik, dan membentuk peribadi kita menjadi orang yang soleh dan dicintai oleh Allah.
Dalam pada itu, pendakwah berusia 40 tahun ini turut memohon maaf terhadap segala kekhilafan yang dilakukannya.
Saya amat menghargainya dan mohon maaf atas segala kekhilafan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan Ustaz Don dipermudah dan berharap orang ramai menghentikan kecaman dan kata cacian terhadap pendakwah tersebut.
Terdahulu, ustaz Don menjadi perhatian ramai apabila jawapan yang diberikannya mengenai amalan berpuasa sunat di Hari Raya Aidiladha didakwa mengelirukan sehingga boleh mengundang masalah kepada orang ramai.
Susulan itu, Ustaz Don telah tampil mengakui kekhilafannya dan memohon maaf atas kekeliruan yang dilakukan tanpa sengaja itu.