Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah ‘direhatkan’ daripada program Salam Baitullah yang bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) berhubung kontroversi yang melibatkan dirinya itu.
Ustaz Don ‘Direhatkan’ Dari Salam Baitullah
Kenyataan itu disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi hantaran di laman X mahu meredakankan keadaan dengan ‘merehatkan’ pendakwah berkenaan.
“Untuk meredakan keadaan, saya sudah meminta team untuk ‘rehatkan dulu Ustaz Don from Salam Baitullah. Jangan bertanya saya mengenai apa saya fikir atau rasa.”-hantaran Suhaimi Sulaiman di X
“Bila Tersilap, Kita Nasihat Dan Bagi peluang Mereka Tebus…”
Tambahnya lagi, Suhaimi turut memberi respon terhadap komen salah seorang netizen yang meminta pihak penyiaran terlibat untuk menukar Ustaz Don dengan pendakwah yang lain.
“Bagi la peluang orang untuk jadi baik. Tak payah pakai mode ‘menghukum’. Bila tersilap kita nasihat dan bagi peluang mereka tebus. Ramai sangat yang suka menghukum tapi melatih dan membina jarang sekali. I do both, I train and remind them to bangun semula bila jatuh.”-balas Suhaimi
Sekadar info, nama Ustaz Don Daniyal baru-baru ini menjadi bualan selepas dakwaannya mengenai kisah percintaan Nabi Muhammad SAW yang didakwa berlandaskan hadis palsu sehingga mendapat respon oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menegaskan bahawa, orang ramai tidak sewenang-wenangnya untuk berkata sesuatu yang tidak benar mengenai Baginda.
Apa komen anda?