Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUstaz Hanafi Kongsi Pendedahan Ketua Gengster, Tak Boleh Derhaka Dengan Mak Ayah...

    Ustaz Hanafi Kongsi Pendedahan Ketua Gengster, Tak Boleh Derhaka Dengan Mak Ayah Syarat ‘Join’ Kongsi Gelap – ‘Kalau Derhaka Hidup Saya Suwey’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Gambar sekadar hiasan

    Bila sebut sahaja mengenai gengster ataupun ahli kongsi gelap, sudah pasti ramai yang terbayangkan raut wajah mereka yang bengis dan menggerunkan.

    Namun, terdapat satu kisah menarik yang dikongsikan pendakwah terkenal, Ustaz Hanafi mengenai seorang ketua gengster yang memeluk Islam.

    Kena hormat mak ayah

    Gambar sekadar hiasan

    Menerusi Facebook, Ustaz Hanafi atau nama sebenarnya Mohamed Hanafiah Abdul Malek mendedahkan dia bertanya tentang kegiatan kongsi gelap terhadap ketua gengster tersebut.

    Hari ini saya nak kongsikan pesan seorang ketua gengster yang pernah saya Islamkan satu waktu dulu.

    Waktu itu kami berborak dan saya bertanya pada dia, ‘Apa syarat nak jadi ahli gengster?’.

    Dia jawab, ‘Ada dua syarat, pertama kena lalui satu upacara. Yang kedua kena angkat sumpah’.

    Saya tanya balik apa kandungan sumpah itu? Dia jawab, ‘Kena sumpah tak boleh derhaka pada mak ayah’.

    Menurut Ustaz Hanafi, dia ternyata terkejut mendengar pendedahan tersebut kerana tidak menyangka jawapan seperti itu akan keluar daripada mulut ketua gengster tersebut.

    Ustaz Hanafi kemudiannya bertanyakan sekali lagi mengenai lafaz sumpah itu bagi mendapatkan kepastian.

    Saya tanya lagi, ‘Kenapa kena sumpah macam itu?’

    Dia pun jelaskan dengan mudah dan sampai hari ini saya tetap ingat apa yang kawan gengster saya itu cakap.

    Dia cakap, ‘Kalau derhaka pada mak ayah, hidup saya akan ‘suwey’.

    Allahuakhbar, hebat juga prinsip mereka ini. Tak boleh derhaka pada mak ayah.

    Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Ustaz Hanafi telah meraih lebih 900 tanda suka.

    Hantaran tersebut juga telah meraih perhatian dan rata-rata netizen terpegun membaca perkongsian Ustaz Hanafi itu.

    ALSO READ:  Anak Selebriti Dituduh sebagai Penyondol dan Check-In Hotel pada Usia 18 Tahun

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts