Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar berkongsi hadis berkenaan dengan perbuatan membuka aib sesama Muslim menerusi aplikasi Threads.
Kesan suka membuka aib
Menerusi perkongsian yang dibuat, hadis berkenaan menjelaskan bahawa jika seseorang itu memilih untuk menutup aib sesama Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat kelak.
Barangsiapa yang menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.
Berdasarkan hadis itu lagi, seseorang yang gemar membuka aib sesama Muslim pula akan menerima balasan yang sama oleh Allah SWT di akhirat nanti.
Dan barangsiapa yang membuka aib seorang Muslim, Allah akan membuka aibnya hingga terbuka aibnya di dalam rumahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesan dengan perkongsian Ustaz Wadi dan berharap mereka terhindar daripada melakukan perkara membuka aib sesama Muslim.