Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUstazah Asma Harun Bersuara Isu ‘Hot Daddy’ Jadi Tetamu Jemputan Podcast!-“Jadilah Pempengaruh...

    Ustazah Asma Harun Bersuara Isu ‘Hot Daddy’ Jadi Tetamu Jemputan Podcast!-“Jadilah Pempengaruh Yang…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil memberikan teguran terhadap pempengaruh dan Youtuber terkenal menjemput seorang individu yang sebelum ini pernah didakwa atas kes persundalan sebagai tetamu podcast.

    Beri Impak Besar Kepada Masyarakat

    Menurut Ustazah Asma, walaupun podcast berkenaan dikatakan telah dihapuskan dari media sosial, namun telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat.

    “Dahulu, jika ada kesalahan atau dosa yang dilakukan, sebolehnya kita tak mahu ia diketahui orang, malu jika keaiban terbongkar.

    Namun, hari ini individu yang terlibat dengan maksiat dijulang dan diangkat ke hadapan.”-tulis Ustazah Asma di Instagram

    “Jadilah Pempengaruh Yang Bertanggungjawab..”

    Dalam pada itu, pendakwah bebas ini turut menitipkan pesanan agar pihak terlibat tidak menjadikan individu membawa pengaruh sebagai ikon serta menjadi pempengaruh yang bertanggungjawab dalam menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.

    IKLAN

    “Atas apa jua alasan, sama ada ingin kandungan menjadi tular dan ditonton oleh jutaan orang. Jangan jadikan individu yang membawa pengaruh buruk sebagai ikon. Apatah lagi jika menormalisasikan aktiviti ZINA.

    Jadilah pempengaruh yang benar-benar bertanggungjawab menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.”-titip Ustazah Asma

    Dipetik dari laporan Harian Metro, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah tidak mengesan sebarang video yang memaparkan rakaman platform audio siar atau podcast yang menjemput seorang lelaki sebelum ini didakwa atas kesalahan mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil juga menitipkan pesanan buat para podcaster agar mengenakan kawalan kendiri serta berpada-pada kerana berada di dalam negara yang mempunyai undang-undang serta adab dan budaya.


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts