Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUstazah Asma’ Harun Mengkritik Filem ‘La Luna’ Kerana Meletakkan Agama Islam dalam...

    Ustazah Asma’ Harun Mengkritik Filem ‘La Luna’ Kerana Meletakkan Agama Islam dalam Persepsi Negatif

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kesal dengan penerbitan filem La Luna yang didakwa seolah-olah memperlekehkan agama Islam dan boleh mengundang persepsi buruk masyarakat.

    Jangan sampai agama diperlekehkan

    Menerusi sebuah posting di Facebook, Ustazah Asma’ berkata, filem tersebut menyelitkan elemen ‘soft porn’ dan bertentangan dengan nilai dan adab Islam.

    Buat semua penggiat seni tanah air, sama ada pengarah, penerbit, penulis skrip, pelakon dan lain-lain bebaslah berkarya dengan menjunjung tinggi nilai Islam dan kesopanan budaya tempatan.

    Jangan sampai agama sendiri diperlekehkan. Jika benar ada seni yang ingin disampaikan, pastikan ia digambarkan dalam bentuk yang positif dan penuh adab.

    Bukannya menzahirkan sisi yang boleh mengundang prasangka buruk dan fahaman yang mengelirukan.

    Antara perkara yang disentuh Asma’ mengenai filem tersebut ialah watak Tok Hassan yang digambarkan berperwatakan alim namun memiliki sikap bertentangan.

    Selain itu, watak Hani yang membuka kedai pakaian dalam wanita di sebuah kampung dilihat kurang sesuai dengan adab budaya orang Melayu.

    Pada masa yang sama, Asma’ berpendapat pihak berwajib perlu memainkan peranan dengan meneliti sensitiviti sesuatu karya sebelum dibenarkan untuk tayangan umum.

    Bukan sahaja di pawagam terbuka, malah badan yang diberi tanggungjawab juga perlu menapis sebarang kandungan yang akan disiarkan di platform penstriman.

    Dalam isu ini, peranan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) wajib diperkukuhkan dalam memastikan penghasilan filem atau drama mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

    Begitu juga peranan bahagian penapisan filem dan drama haruslah diperluaskan ke filem yang dimuat naik ke penstriman video dalam talian.

    Sekadar info, Filem La Luna adalah filem komedi yang diarahkan oleh M Raihan Halim dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron dan ramai lagi. Filem itu kini berada di carta 10 filem paling ditonton di platform Netflix.

    ALSO READ:  Watie Hanifiah Mengakui Rasa Cemburu Terhadap Arwah Siti Sarah dalam Mimpi – Namun Tiada Perasaan Itu dalam Realiti

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts