Sebelum ini, pengurus Lana Nordin memaklumkan bahawa Lana terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tiba-tiba mengalami kesakitan yang teruk dan tidak tahu punca penyakit yang dihadapi.
Mengalami Jangkitan Kuman
Selepas kejadian tersebut, Lana ada memuat naik satu video di Instagram miliknya dan memaklumkan kepada umum bahawa dia mengalami jangkitan kuman pada bahagian usus.
Lana dalam video tersebut mengakui bahawa dia buntu dan tidak tahu bagaimana boleh jatuh sakit secara tiba-tiba.
Doktor sahkan saya ada jangkitan pada bahagian usus sehingga ia bengkak. Tidak tahu puncanya dari mana. Mungkin salah makan.
Saya tak boleh bangun sejak empat hari sebelum ini. Sekarang tak boleh balik rumah selagi usus masih bengkak.
Tidak Bangun Selama 4 Hari
Malah dia juga mendedakhan bahawa dia tidak boleh bangun selama empat hari sebelum ini kerana kesakitan yang dialami.
Dalam keadaan yang masih lemah dan kerap kali batuk, Lana memohon orang ramai mendoakan agar dia segera sembuh.
Terima kasih kepada yang bertanya khabar. Doakan saya semoga cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah bersama keluarga.
Saya mohon maaf kepada semua terutama rakan media dan artis kerana tidak dapat membalas mesej dan menjawab panggilan kalian.
Hantaran video tersebut telah mendapat perhatian warga net dan juga rakan selebriti.
Melihat diruangan komen, rakan selebriti dan juga warga net turut mendoakan kesembuhan Lana.