Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUyaina Arshad Menolak Tawaran Mengacara Di Indonesia, Kekhuatiran Bersalin Awal & Halangan...

    Uyaina Arshad Menolak Tawaran Mengacara Di Indonesia, Kekhuatiran Bersalin Awal & Halangan Prosedur Dokumentasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    uyaina arianiuyaina ariani

    Foto: Instagram Uyaina Arshad & Fazs Faozi

    mendedahkan rezekinya dalam bidang pengacaraan mencurah-curah sepanjang hamil apabila menerima tawaran untuk menjadi

    Seronok bekerja di Indonesia

    uyaina indonesiauyaina indonesia

    Ketika ditemui , Uyaina bagaimanapun terpaksa melepaskan tawaran berharga itu kerana perlu mengutamakan dirinya yang sedang hamil tujuh bulan.

    Kata Uyaina, 32, dia mengakui berat hati untuk menolak kerana bayaran yang akan diterima agak lumayan malah persekitaran kerja dan tempat tinggal di sana sangat selesa.

    Pada mulanya, memang saya terima tawaran itu tetapi apabila memikirkan kandungan bakal memasuki usia lapan bulan dan perlu berada di Indonesia selama sebulan sepanjang Ramadan saya terpaksa menolak.

    Sekiranya melahirkan di sana (Indonesia) proses dokumentasi untuk anak saya mungkin akan jadi sukar selain saya perlu tinggal lebih lama untuk meneruskan berpantang. Saya berat hati juga untuk melepaskan tawaran ini.

    Sebab saya tahu program tersebut memang menarik. Mengacarakan program Indonesia memang seronok. Bayaran yang ditawarkan juga bagus, selain mereka (kru produksi) sangat menjaga kebajikan saya dengan baik sepanjang berada di sana.

    Saya diberikan rumah, pemandu peribadi, jurumekap dan saya sebenarnya hanya perlu bawa diri sahaja ke sana.

    Uyaina berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran dan sidang media Raya Ariani 1001 Tales yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada petang Rabu.

    4 tahun jadi duta

    uyaina bella lisa arianiuyaina bella lisa ariani

    Sudah masuk tahun keempat dengan keluarga Ariani, pengacara program Wanita Hari Ini bersyukur kerana masih lagi dikekalkan sebagai duta jenama bersama Bella Dally dan Datin Lisa Surihani.

    Katanya, Ariani menjadi saksi fasa kehidupannya dari hidup solo, kemudian berkahwin dan mengandung anak pertama dan kini sedang sarat hamil cahaya mata kedua.

    Alhamdulillah saya masih lagi diberi kepercayaan untuk membawa jenama Ariani walaupun saya sedang hamil. Saya rasa mesti ada sebab kenapa Ariani masih mengekalkan saya sebagai duta kerana saya melalui fasa-fasa berbeza dalam kehidupan.

    Dari mula saya memakai baju bersaiz XS hinggalah kini M atau XL mengikut potongan baju. Walaupun berubah saiz tetapi saya masih tetap boleh bergaya dengan rekaan Ariani.

    Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun.

    ALSO READ:  [VIDEO] Siti Nurhaliza Tak Menyesal Hilang Zaman Remaja Demi Kerjaya – ‘Pergi Disko Untuk Have Fun Memang Tak Pernah’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts