Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUyaina Arshad ‘Sekolahkan’ Netizen Dengan Kongsi Ilmu Baru, Gara-Gara Komen ‘Esok Kat...

    Uyaina Arshad ‘Sekolahkan’ Netizen Dengan Kongsi Ilmu Baru, Gara-Gara Komen ‘Esok Kat Dalam Makan Ikan Kering’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebelum ini, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad akui tidak kisah apabila ada segelintir pihak tidak menyokong kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung isu gangguan seksual melibatkan kanak-kanak.

    Terbaru, Uyaina dilihat menerima komen kurang baik daripada seorang individu di TikTok.

    Esok dekat dalam makan ikan kering

    Menerusi pemerhatian pihak , Uyaina kelihatan sedang menikmati makanannya di sebuah restoran.

    Lebih mencuri tumpuan, ada satu komen yang meminta Uyaina menikmati momen tersebut terlebih dahulu sebelum berada di penjara berikutan kenyataan yang dikeluarkan berhubung kes gangguan seksual melibatkan kanak-kanak.

    Berikutan daripada itu, Uyaina membalas komen tersebut dengan menyatakan bahawa dia akan memberi ilmu baru kepada individu berkenaan.

    Menurut Uyaina, saman malu adalah kes fitnah (defamation). Hukuman bagi kes tersebut tidak masuk penjara sebaliknya, berdepan dengan saman sekiranya didapati bersalah.

    Kena bayar segala kerugian. Tapi kalau dia tak salah, orang yang saman tu yang malu.

    Terdahulu, Uyaina meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pemandu bas yang merakam video penumpangnya iaitu pelajar sekolah.

    Menurutnya, perbuatan tersebut dilihat boleh menyumbang kepada jenayah melibatkan kanak-kanak.

    Tidak lama kemudian, pemandu itu telah didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan pada Selasa dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.

    Rentetan itu, keluarga abang bas melahirkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka sebelum ini.

    Antara nama ‘dipetik’ netizen ialah Uyaina dan Diana Danielle kerana dilihat lantang bersuara mengenai isu berkenaan dalam media sosial.

    Video

    @uyaina.arshad

    Baru habis live ? Ok tak tu? ??

    ? sonido original – BrunoMarsSilk

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Sekarang Sudah Tiba Masanya Kak Long Pula Yang Bagi Mama Bahagia’ – Bella Astillah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts