Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad tidak sangka kembali menyambung pengajian memberikan pengalaman yang menyeronokkan buatnya.
Minggu yang sibuk
Setelah 10 tahun meninggalkan Universiti Malaya (UM), pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad difahamkan mengambil kursus pendek dalam bidang keusahawanan di Universiti Oxford, London.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsi pengalaman kembali ke alam pembelajaran.
Minggu yang sangat sibuk dan padat dengan kelas dari pagi hingga petang.
Saya tida sangka bahawa kembali ke alam pembelajaran akan menjadi sangat seronok.
Datang ke Oxford, bukan saja saya belajar tapi unlearn apa yang saya sangka saya tahu sebelum ini.
Berkongsi lebih lanjut, Uyaina, 32, ingin mengambil pelbagai kelas setelah kembali pulang ke Malaysia.
Harapan buat Raja Urhan
Dalam pada itu, Uyaina berharap agar anak sulungnya, Raja Urhan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford, London.
Raja Urhan hantar Mama Baba pergi sekolah dengan Atok Babah.
Semoga suatu hari nanti, Raja Urhan akan dapat belajar di University Oxford.
Waktu itu, Mama Babah pulak yang hantar Urhan ke sekolah.