Susulan terdapat kes kematian di pusat asuhan kanak-kanak, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meluahkan rasa risau untuk menghantar anak ke taska.
Takut hantar taska
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, berkata, insiden sedemikian membuatnya berasa bimbang dan takut.
Hancur hati baca luahan hati seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anak. Nak cari taska dan tadika buat saya jadi takut.
Uyaina berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya selepas memuat naik berita mengenai kematian seorang kanak-kanak berusia empat bulan didakwa berpunca daripada kecuaian pihak taska.
Pun begitu, Uyaina berkata, tidak salah ibu bapa di luar sana mahu menghantar anak ke taska, namun perlu mempunyai inisiatif sendiri membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum menempatkan anak mereka.
Antara langkah yang boleh kita ambil sebagai ibu bapa adalah periksa dahulu sama ada taska itu berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
Kalau berdaftar, sekiranya apa-apa berlaku boleh ambil tindakan dan taska itu boleh disiasat serta ditutup.