“Dengar 24 jarum pun dah rasa ngeri, macam manalah Victoria boleh sanggup nak cucuk?”
Walaupun sudah menginjak ke usia 49 tahun, Victoria Beckham masih lagi nampak awet muda. Selain rajin bersenam dan diet, Victoria juga sangat menitikberatkan penjagaan wajahnya supaya kulitnya nampak sihat dan glowing setiap masa.
Dipetik daripada Bright Side, Victoria pernah mendedahkan yang wajahnya bebas daripada garisan halus dan tanda penuaan lain kerana dia telah melakukan rawatan Morpheous8 yang berharga RM4114.99 (£700).
Rawatan bukan invasif itu dilakukan setiap enam bulan, melibatkan penggunaan 24 jarum untuk dicucuk ke dalam kulit wajah. Di sebalik ketidakselesaan itu, rawatan wajah ini ternyata sangat berkesan dalam menjaga dan merawat kulitnya.
Rawatan Morpheus8 menggunakan frekuensi radio yang dihantar melalui jarum, yang melalui ke bahagian tisu di bawah kulit wajah. Dan Victoria memerlukan minimum 2 hari untuk masa pemulihan bagi mengurangkan penampakan lebam di wajah selepas rawatan.
Selain daripada mengekalkan kulit wajah menjadi semakin awet muda, rawatan ini juga memberikan beberapa manfaat terbaik pada kulit seperti:
- Ketegangan kulit
- Memperbaiki penampilan rahang dan kedutan yang longgar
- Memperbaiki tekstur kulit
- Mengurangkan kemunculan garis halus
- Membina serta menyimpan kolagen dan elastin yang baru
Rawatan Morpheus8 bukan sahaja boleh dilakukan di wajah sahaja, malah di bahagian badan lain seperti leher, lengan, perut dan paha.