Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentVida Doa Kebahagiaan & Kesejahteraan Bella Astillah Di Tanah Suci Makkah –...

    Vida Doa Kebahagiaan & Kesejahteraan Bella Astillah Di Tanah Suci Makkah – ‘Saya Nak Awak Bangkit Setelah Derita’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menyorot perhatian warganet apabila dia meluahkan rasa simpati terhadap aktres dan penyanyi, Bella Astillah susulan isu rumah tangga wanita tersebut bersama suami, Aliff Aziz.

    Tak nak awak menderita

    Menurut Vida, dia berasa simpati melihat dugaan yang menimpa Bella. Susulan daripada itu, dia berdoa di tanah suci Makkah agar wanita itu dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup selepas ini.

    Assalamualaikum Bella sayang, beradanya saya di tanah suci Kota Makkah ini, saya mendoakan kebahagiaan kesejahteraan awak sayang. Semoga setiap perbuatan khianat dan fitnah terhadap awak dibalas dengan sejuta ganjaran kebaikan daripada Allah. Semoga segala urusan awak dipermudahkan sayang. InsyaAllah segala yang berlaku ada hikmah baik yang akan mendatang.

    Tambah Vida, dia sangat terkejut dan sakit hati apabila mengetahui Aliff curang banyak kali termasuk dengan adik ipar sendiri.

    Ya Allah Bella, di sini saya doa untuk awak kuat. Buat keputusan yang terbaik. Saya tak nak lagi awak menderita. Awak sangat cantik, ada kerjaya, awak hebat, awak boleh jadi lebih hebat lagi. Kadang-kadang hidup ini, orang lelaki kalau nampak kita sayang dia, dia pijak-pijak kita. Seolah kita menagih kasih dekat dia. Akhirnya apa yang dia buat? Saya nak awak bangkit berjuang untuk teruskan hidup.

    Kadang-kadang lebih berjaya tanpa suami setelah awak derita. Saya bukan nak bagi contoh diri saya. Saya doa dekat awak supaya kaya, bahagia dan mendapat suami yang baik serta selayaknya untuk awak.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts