Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) menjemput sekumpulan pelajar tahfiz untuk bermandi-manda di kolam renang banglo mewah miliknya.
Mandi kolam renang
Menerusi sepotong video di TikTok, seorang lelaki dipercayai guru kepada pelajar tahfiz tersebut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada usahawan terbabit.
Alhamdulillah, kami dijemput oleh DSV (Datuk Seri Vida) untuk mandi di kolam renang rumahnya. Alhamdulillah, syukur banyak-banyak. Terima kasih DSV.
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, dapat dilihat pelajar tersebut begitu seronok melompat ke dalam kolam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji peribadi Vida yang tidak lokek dan suka bersedekah.
Wargamaya turut mendoakan rezeki usahawan tersebut terus diperluaskan.