Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘2 Tahun Matin Minta Ipad Tapi Mummy Tak Belikan, Biar Dia...

    [VIDEO] ‘2 Tahun Matin Minta Ipad Tapi Mummy Tak Belikan, Biar Dia Lebih Hargai Barang’ – Watie Hanifiah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah membuat kejutan dengan memberikan hadiah sempena ulang tahun kelahiran anak tirinya iaitu Ariq Matin.

    Hari jadi Matin

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Watie memberitahu Matin sudah berkali-kali memintanya untuk membelikan Ipad namun sehingga kini dia masih belum memenuhi hasrat anak lelakinya itu.

    Dah masuk 2 tahun dia minta ipad Mummy tak bagi. Walaupun dia minta repairkan Ipad dia pun sampai ke sudah Mummy tak buat tapi dia sabar je.

    Jelas lagi, dia bukanlah berniat sengaja untuk tidak membelikan Ipad tersebut sebaliknya dia mahu mengajar Matin agar lebih menghargai dan menjaga barangan sendiri.

    Kasihan sebenarnya tapi sebab Mummy nak dia belajar supaya lepas ni dia menghargai barang yang dia ada. Sebelum ni, dia campak-campak je ipad dia tu. Jadi 2 tahun tu kita ajarkan dia. Bila kena bawa iPad pergi sekolah kita biarkan je dia bawa sumbing-sumbing tu.

    Tetapi pada ulang tahun kelahiran yang ke-9, Watie memberi bayangan bahawa akan memberi kejutan kepada Matin namun tidak menjelaskan secara terperinci.

    Tambah Watie, video reaksi Matin ketika menerima ‘hadiah’ sempena kejutan hari jadinya itu akan dikongsikan di media sosial pada malam ini.

    Tahun ni dia cuba lagi pujuk Mummy. Siap minta nak kita buat surprise yang kertas pilih-pilih tu. Jadi kita tengok malam nanti apa reaction dia dengan suprise yang Mummy dan Daddy akan buat.

    Yang menonton nanti tak mahu komen bukan-bukan ya sebab bukan Matin je yang jenis perangai macam ni bila bermanja. Memmg paknya maknya anak-beranak spesis same je 2×5. We just nak enjoy the moment sementara semua masih suka bermanja.

    ALSO READ:  Sharnaaz Ahmad Anggap Aliff Syukri Sebagai ‘Penghibur’ – ‘Kalau Tiada Dia, Dunia Seni Bosan! Asyik Cerai Gaduh Putus’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts