Penyanyi Sabhi Saddi menyifatkan Allahyarham Jojo atau Nur Hasan Balas, seorang sahabat yang sangat baik.
21 tahun aku kenal
Menerusi sebuah video di Instagram, Sabhi meluahkan segala isi hatinya mengenai arwah Jojo. Menurut Sabhi, dia mengenali Jojo sejak 21 tahun yang lalu dan menganggap arwah sebagai seorang kawan, sahabat dan abang.
Akhirnya kau pergi tinggalkan aku. Man kau pergi dengan malam yang penuh keampunan malam Isra Mikraj. Aku happy Man. Tiada lagi perkataan Man lepas ni aku dengar.
Kalau ada di kalangan anda yang kenal jojo “ Nur Hassan Bin Baias “ ketika hidup , arwah pernah berhutang dengan kalian boleh dm saya atau isteri beliau.
Berbicara lebih lanjut, Sabhi berkata, arwah selalu memberi kata-kata semangat yang positif.
Video
View this post on Instagram