Kisah pempengaruh popular Indonesia, Cut Intan Nabila yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga masih menjadi tumpuan netizen di media sosial.
Terbaru, Cut Intan berterima kasih kepada seluruh masyarakat Indonesia dan semua yang membantunya sepanjang isu ini viral.
Ingat suami boleh berubah
Menerusi rakaman video pendek tersebut, Cut Intan meminta maaf kepada seluruh masyarakat Indonesia berhubung kisahnya yang tular sejak beberapa hari ini.
Menurut Cut Intan, dia tidak pernah memberitahu keluarga dan sahabat sepanjang lima tahun menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Saya selalu bergelut dengan fikiran dan hati saya bahawa dia bisa berubah.
Tambah Cut Intan, dia berterima kasih kepada pihak polis Bogor kerana telah mengambil kes ini.
Kes ini masih berjalan mengikut prosedur hukum. Saya berharap seluruh masyarakat Indonesia dapat mengambil pelajaran dari kes saya agar tidak lagi berulang isu keganasan rumah tangga seperti yang saya lalui.
Terima kasih banyak kepada bapak Kapolres Bogor @humaspolresbogor beserta jajarannya, dan terima kasih juga kepada Pengacara dari Lembaga Advokasi Hukum Indonesia Raya DPP @gerindra dan juga PPAI, serta seluruh masyarakat Indonesia yang sudah membantu saya dan menindak tegas kes ini, terima kasih telah memberikan empati dan dukungan terhadap saya dan keluarga.
Terdahulu, Cut Intan memuat naik rakaman litar tetrutup (CCTV) memaparkan kekerasan yang dilakukan oleh suaminya. Ujar Intan, suaminya itu bukan sahaja melakukan penderaan fizikal terhadap dirinya dan anak malah sudah beberapa kali berlaku curang sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga.
Meskipun sudah memaafkan berkali-kali dan memberi peluang namun suaminya itu masih melakukan kesalahan yang sama.
Video
View this post on Instagram