Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
IKLAN
“Tak Puas Hati Sebab Mummy Dapat Lipstick Banyak”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 3 juta, tanda suka sebanyak 146 ribu dan sebanyak 1,366 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah Dhia Rana seakan tidak berpuas hati kerana Che Ta peroleh banyak lipstick yang terbaru.
“How Dare U Mummy? mummy dapat?”-Tanya Aaisyah
“Ehh Hello, aku pun order lah cuma tak tau tu brand apa, katanya lipstick tu ada glitter2”-Jawab Che Ta
“Mummy beli 6 sebab 3 untuk mummy 3 untuk Aaisyah la tu, Aaisyah tak payah risau sebab mak hang ni memang memahami”-Tambah Che Ta
@rozitachewan1 Hampa tgk ni, kita yang order dia yang nak. Pantang betul tgk produk viral, mesti dia dulu yang tau. Pening kepale, asal barang mummy dia je kene kebas. #hauscosmetics #magickiss #glitterlipstick #magicraya #aaisyahdhiarana #adr
♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa lipstick tersebut sememangnya pilihan ramai dan laris.
Apa-apa pun, semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?