Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 2, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment Aaron Aziz ‘No Comment’, Harap Kontroversi Aliff Aziz Tak Jejas Peluang...

    [VIDEO] Aaron Aziz ‘No Comment’, Harap Kontroversi Aliff Aziz Tak Jejas Peluang Artis Singapura – ‘Bukan Senang Dapat Offer Berlakon Di Sini’

    -

    Shopee CNY Sale


    Kontroversi melibatkan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz telah menyebabkan beberapa artis daripada Singapura yang mencari rezeki di Malaysia turut terjejas dan terkena tempias.

    Terbaharu, tampil mendapatkan respon daripada pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz berhubung kontroversi tersebut.

    Aaron tiada komen

    Ketika ditemui , Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen terhadap kontroversi yang sedang melanda artis daripada negaranya itu.

    Saya sebenarnya tak nak komen banyak pasal benda ini

    Bila saya dengar cerita macam ini pun, saya terus ‘Allahuakhbar’ dan saya sendiri tak ada apa-apa nak komen.

    Bahkan isteri saya pun pesan untuk saya tak berikan sebarang komen tapi saya cuma harapkan kontroversi yang berlaku tak jejaskan peluang dan hubungan yang ada ketika ini.

    Menurut Aaron, dia juga tidak mempunyai sebarang nasihat berhubung kontroversi tersebut memandangkan ia melibatkan hati dan juga perasaan seseorang.

    Isu ini lain sebenarnya, dia bukan soal individu tersebut bergaduh di luar atau buat hal di set penggambaran.

    Ini melibatkan hati dan cinta di mana kita tak boleh nak kawal pun. Sejujurnya, tak ada apa yang boleh dinasihatkan.

    Cuma, saya berharap agar isu seperti ini tidak berulang lagi dan perlu dihentikan.

    Aaron berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media filem ‘The Experts’ yang diadakan di Slate @ The Row, Chow Kit, Kuala Lumpur pada petang Selasa.

    Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan filem ‘KL Gangster’ ini berharap agar kontroversi yang berlaku ini tidak menjejaskan peluang pelakon Singapura untuk menempa nama di persada industri hiburan Malaysia.

    Sebelum ini pun sebenarnya saya dah beberapa kali menasihati pelakon-pelakon daripada Singapura supaya tidak merosakkan hubungan yang ada antara Malaysia dan Singapura.

    Sekarang ini boleh dikatakan hubungan antara dua negara ini dah terbina dan semakin baik.

    Contohnya, kita dapat lihat sekarang ini senang saja untuk pelakon daripada Singapura untuk menerima pelawaan berlakon di sini.

    Sebab kalau dulu susah nak masuk ‘market’ Malaysia dan di Singapura pula susah untuk dapat tawaran berlakon filem.

    Jadi saya harap mereka jaga perkara-perkara seperti ini.

    ALSO READ:  [RAYA 2021] Apa yang Menyebabkan Ayda Jebat Sanggup Tukar Keluarga Tahun Ini? [VIDEO]

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,434FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts