Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Abang Nur Farah Kartini Dakwa Ada Jumpa Suspek Sebelum Ditahan Polis...

    [VIDEO] Abang Nur Farah Kartini Dakwa Ada Jumpa Suspek Sebelum Ditahan Polis – ‘Saya Tanya Mana Adik, Dia Macam Takut Nak Jawab’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Abang kepada Allahyarhamah Nur Farah Kartini iaitu Mohd Farriza Azmi mendakwa dirinya ada berjumpa dengan lelaki yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan adiknya sebelum suspek berkenaan ditahan pihak polis.

    ‘Dia macam takut-takut’

    Kredit: Rancangan 999

    Menerusi temu bual bersama rancangan terbitan TV3, 999, Farriza mendakwa dia telah berjumpa dengan suspek kira-kira empat hari selepas kehilangan arwah adiknya.

    Saya ada jumpa dia (suspek) di sebuah kedai makan. Saya tanya dia, ‘Ada tak ambil adik (Arwah Nur Farah Kartini), kalau ada pulangkan’.

    Tapi suspek cakap dia tak tahu. Lepas itu saya tanya dia, ‘Tak ada rasa nak cari arwah ke?’. Dia kata ada cubaan nak cari.

    Tapi dia nampak takut-takut. Rupa-rupanya (dakwaan) dia dah bunuh arwah dah masa itu.

    Tambah Farriza, tujuan dirinya berbuat demikian kerana tahu bahawa suspek adalah orang terakhir bersama arwah adiknya sebelum dilaporkan hilang.

    Saya nak jumpa dan suspek dia sebab saya tahu bahawa dia adalah orang yang terakhir bersama arwah.

    Macam mana saya tahu adalah melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tempat arwah bekerja.

    Saya juga nak minta tengok perbualan suspek bersama arwah adik di telefon tetapi dia mendakwa telah memadam semua perbualan tersebut.

    Nak minta tengok rakaman ‘dashcam’ pun dia kata (footage) dah hilang.

    Dakwa Farriza lagi, suspek juga memburukkan arwah adiknya sewaktu hari pertemuan mereka.

    Masa kami berjumpa itu dia banyak memburuk-burukkan nama baik adik saya.

    Imbas kembali, pihak polis menerima laporan berhubung kehilangan Farah berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

    ALSO READ:  Riena Diana & Keith Foo Banyak Persamaan, Nafi ‘Sailang’ Daripada Tiz Zaqyah – ‘Mereka Hanya Bekerjasama Untuk Satu Produk’

    Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam dan dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa.

    Pihak polis kemudiannya telah menahan seorang individu lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Video penuh

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts