Pengacara dan pemilik stesen televisyen, Suke TV iaitu Datuk AC Mizal tampil bersuara selepas tular dakwaan buruk oleh beberapa individu yang mendakwa AC Mizal gagal membayar gaji tiga bulan kepada individu terlibat.
AC Mizal menerusi video yang dimuatnaik di Instagram menyatakan bahawa cerita yang ditularkan oleh individu-individu tersebut adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.
“Sepatutnya saya tak perlu balas dan jawab kenyataan tular yang begitu tak bertanggungjawab, tetapi memandangkan ramai yang dah tahu dan bertanyakan isu ini dan untuk mengelakkan salah faham serta fitnah, saya perlu jelaskan di sini.
Kenyataan dan cerita yang tular tentang kegagalan SUKETV bayar gaji tiga bulan kepada individu-individu tersebut di media sosial adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.”-kata AC Mizal di Instagram
Arah Peguam Ambil Tindakan Undang-Undang
Tambahnya lagi, dia telah mengarahkan pihak peguamnya serta pihak syarikat SUKETV untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terlibat disebabkan fitnah yang tular di media sosial.
“Saya telah mengarahkan peguam saya dan syarikat SUKETV untuk mengambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu-individu yang terbabit berkenaan penularan fitnah ini. Oleh Itu biarlah Mahkamah yang menentukan salah betul masing-masing.
Cuma yang saya nak nyatakan, kenyataan-kenyataan fitnah tersebut disebarkan oleh beberapa bekas staff yang antaranya telah ditamatkan perkhidmatan mereka oleh syarikat kerana didapati melanggar syarat-syarat perkhidmatan dengan syarikat. Kami mempunyai semua bukti tetapi kami tak akan mencanangkan butir-butir ini kepada umum.”-tambahnya lagi
View this post on Instagram
Apa komen anda”