Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Achey Dedah Isteri Pernah Kerja ‘Cleaner’ Tiga Bulan, Nak Tolong Lunas...

    [VIDEO] Achey Dedah Isteri Pernah Kerja ‘Cleaner’ Tiga Bulan, Nak Tolong Lunas Hutang Tertunggak – ‘Gaji Dia Semua Bagi Aku’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelawak dan pelakon, Achey mendedahkan isterinya, Nor Hasanah Yahaya pernah bekerja sebagai seorang tukang cuci di sebuah syarikat bank terkemuka selama tiga bulan sewaktu dirinya menyertai program realiti Bintang Mencari Bintang pada tahun 2013.

    Bagi semua gaji pada Achey

    @dolspodcast Anne, wife Achey sanggup bagi duit gaji untuk Achey bertanding walaupun bekerja sebagai cleaner. Layan Episod 35, 9 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. @shuibsepahtu @shuksahar @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG #DolsPodcast ? original sound – Dol’s Podcast

    Menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikan Shuib, Shuk Sahar dan Mamat Sepah, Achey memaklumkan isterinya langsung tidak menggunakan sesen daripada gaji diterima hanya semata untuk diberikan kepadanya.

    Apa yang dia (isteri aku) dapat sekarang adalah hasil titik peluh dia dengan aku selama ini.

    Dia pernah kerja sebagai ‘cleaner’ selama tiga bulan selama aku masuk pertandingan ‘Bintang Mencari Bintang’, semua duit gaji itu dia bagi aku.

    Dia kerja ‘cleaner’ untuk suami dia (Achey) yang tak tahulah menang atau tidak pertandingan pada waktu itu.

    Sebab itu bila ada orang usik isteri aku walaupun sikit, aku tak boleh. Aku paling pantang dengan perkara itu.

    Nak ramai orang kenal Anne

    Tambah Achey, disebabkan sikap murni isterinya itulah dia tidak kisah jika ada pihak yang melabel dirinya ‘menunggang’ nama Anne kerana mahu ramai orang mendoakan isterinya itu,

    Dan kalau orang nak cakap aku sekarang ini ‘menunggang’ isteri, aku akan cakap, ‘Ya aku menunggang’ sebab aku saja yang ada keistimewaan itu.

    Kalau aku tak buat macam ni, siapa nak ingat dia? Dan sebab apa aku ‘menunggang’ isteri aku sebab nama dia perlu diuar-uarkan supaya orang tahu dia.

    Bila orang ramai tahu, lagi ramai orang akan mendoakan dia.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan Anne yang banyak berkorban dan sentiasa setia bersama Achey dalam apa jua keadaan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Chef Wan Beli Katil & Tilam Jenama Mewah Untuk ‘Si Bulus’, Netizen Seloroh ‘Uncle Wan, Can I Be Your Cat?’

    Sekadar info, Achey dan Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya mendirikan rumah tangga pada 2011 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

    Sehinggalah pada tahun 2018, pasangan suami isteri ini mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat yang dinamakan Tiara, 6.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts