Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Ada Lelaki Mesej Ajak Saya Teman Dia Minum, Nak Bayar RM10,000...

    [VIDEO] ‘Ada Lelaki Mesej Ajak Saya Teman Dia Minum, Nak Bayar RM10,000 Sebagai Upah’ – Andyoso

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    AndyosoAndyoso

    Penyanyi baharu Andyoso mendedahkan pernah menerima mesej daripada seorang lelaki yang mahu membayar wang berjumlah RM10,000 sekiranya dia sudi keluar minum bersama.

    RM10 ribu teman minum

    AndyosoAndyoso

    Ketika ditemui , Andyoso atau nama sebenarnya Andika Zulkefli, 20, memberitahu tawaran tersebut diterima menerusi pesanan mesej terus atau ‘direct message’ di Instagram miliknya.

    Pernah ada satu kejadian saya terima mesej daripada seorang individu yang menawarkan sejumlah wang sekiranya saya sudi teman dia keluar lepak dan minum. Dia mesej saya di IG.

    Saya sangat merahsiakan di mana saya tinggal, tetapi ada satu hari itu saya tercakap di mana saya duduk. Kemudian orang itu DM kata dia tahu tempat tinggal saya, ajak jumpa di satu tempat.

    Orang itu adalah lelaki. Dia tawarkan RM10,000 sebagai upah kalau sudi keluar dengan dia.

    Andyoso mendedahkan mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu baharunya berjudul ‘Pendamping Hidupku’ yang berlangsung di Zecon Hotel, Cheras, pada Selasa.

    Enggan mengambil pusing tentang hal tersebut, penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau ini berkata dia telah menyekat akaun berkenaan.

    Saya baca sahaja, tetapi tidak layan pun mesej itu. Saya rasa itu macam akaun palsu macam tidak, yang pasti dia lelaki. Kemudian saya sekat akaun tersebut.

    Saya juga sudah maklumkan hal itu kepada label muzik saya. Apa pun saya anggap perkara sebegini adalah sebahagian daripada kerja sebagai public figure.

    ‘Pendamping Hidupku’

    AndyosoAndyoso

    Sementara itu, berkongsi mengenai lagu ‘Pendamping Hidupku’, Andyoso berkata dia teruja untuk mempromosikan lagu tersebut selain ingin meneroka genre muzik balada.

    Katanya, ‘Pendamping Hidupku’ adalah hasil ciptaannya sendiri bersama komposer dan penulis lirik dari Indonesia iaitu Shoga Tan dan Ujang K.

    Proses rakaman lagu ini dibuat di Indonesia selama empat hari. Pendamping Hidupku berkisarkan seorang lelaki yang merayu kepada Tuhan untuk memiliki wanita yang dicintainya.

    Jika sebelum ini saya mempertaruhkan single bergenre pop menerusi lagu Setiaku 100 Peratus, tapi kali ini agak berbeza dan saya teruja untuk membawakannya.

    Walaupun genre balada masih agak baharu untuk saya, tapi saya tidak duduk diam saja sebaliknya saya mengambil kelas vokal untuk memastikan lagu ini disampaikan dengan sempurna.

    Alhamdulillah penerimaan setakat ini positif dan muzik video lagu ini meraih lebih 140,000 tontonan di YouTube dalam tempoh sebulan dilancarkan.

    Tambah Andyoso, sebagai pendatang baharu dia mengaku mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

    Saya orangnya agak pemalu tapi selepas mengambil keputusan terjun dalam bidang ini saya cuba mengubah personaliti saya.

    Saya juga nak buktikan tanggapan netizen yang mendakwa saya hanya bersandarkan rupa wajah saja adalah salah. Setiap hari saya berlatih dan memasuki kelas vokal.

    ALSO READ:  Baru Ke Mahkamah Agama, Rupa-Rupanya Perkahwinan Rizky Febian & Mahalini Belum Lagi Sah?

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts