Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Adakah Suami Boleh Paksa Bekas Isteri Untuk Rujuk Semula? Ini Penjelasan...

    [VIDEO] Adakah Suami Boleh Paksa Bekas Isteri Untuk Rujuk Semula? Ini Penjelasan Menurut Islam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Gambar sekadar hiasan

    Tular baru-baru ini sehingga menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet.

    Justeru, pendakwah Ustaz Izmir Fareez tampil menjelaskan tentang hukum situasi tersebut.

    Penjelasan ustaz

    @bambamstudiosofficial

    ??MENJAWAB SCENE VIRAL DRAMA ANDAI TIADA DIA?? Haikal ni main paksa nak rujuk dengan Suri. Sah ke dari segi hukum agama?? Jom Cik Bam dapatkan pencerahan dari Ustaz @Izmir Fareez @Hisyam Hamid7 @Missmimilana @Ummi nazeera @Zahiril Adzim #AndaiTiadaDia #ATD #megadrama #astromalaysia #sookamalaysia #bambamstudios #malaydrama #trending #AstroBaharu #DramaTikTok #sembangentertainment #dramaviral #fyp?#SembangMovie #BamBamStudios #KongsiBersama #KongsiCerita

    ? original sound – Bambam Studios – Bambam Studios

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Izmir menerangkan bahawa rujuk adalah milik suami sama juga seperti talak yang dilafazkan.

    Dalam Islam, rujuk itu adalah milik suami sebagaimana talak juga milik suami iaitu suami yang lafazkan bukan isteri. Sama juga dengan rujuk, suami yang lafazkan.

    Maksudnya suami perlu lafazkan rujuk secara jelas. Dalam mazhab Imam Syafie, antaranya yang disebutkan, ‘aku rujuk kau semula.’ Maka jadilah dia sebagai isteri.

    Dalam keadaan paksaan dan maksiat pun jadi juga sebab kata Nabi Muhammad SAW, tiga perkara yang dibuat sama ada secara bersungguh-sungguh atau bergurau ianya akan tetap terjadi iaitu nikah, talak dan rujuk.

    Bagaimanapun, suami hanya diberikan kuasa untuk melafazkan talak sebanyak tiga kali manakala rujuk hanya dua kali.

    Talak yang ada pada suami hanya ada tiga sahaja dan rujuk pula dua. Jadi apabila sudah dijatuhkan tiga dan dua kali itu, maka habislah.

    Jika isteri dipaksa

    Gambar sekadar hiasan

    Menurut Ustaz Izmir, jika isteri dipaksa untuk rujuk semula dengan bekas suami, wanita tersebut boleh menuntut fasakh atau khuluk.

    Apabila sudah rujuk, dia boleh memfailkan perceraian di mahkamah untuk khuluk atau pun fasakh.

    Selepas daripada itu, kalau dia cerai atau pun rujuk semula sehingga habis talaknya, maka dia tidak boleh rujuk semula.

    Dan kes ini adalah untuk isteri ketika di dalam iddah sahaja. Jika isteri sudah habis iddah mana boleh paksa lagi untuk rujuk dengan dia. Apatah lagi kalau talak tiga sudah dilafazkan.

    ALSO READ:  Adik Kagum Dengan Sifat Pemaaf Ruhainies – ‘Kakak Dah Maafkan Semua Orang, Fitnah Sana Sini’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts