Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum bagi seseorang yang melakukan dosa yang menyebabkan ibadah solatnya tidak diterima selama 40 hari.
Tetap wajib untuk solat
Gambar sekadar hiasan
Menerusi perkongsian dibuat @Fakri.hadi, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa adalah wajib untuk seseorang itu menunaikan solat meskipun ibadah solatnya tidak diterima.
Siapa yang melakukan dosa yang di dalam hadis ada menyebut dosa tersebut ibadah solatnya tidak diterima selama 40 hari, dia tetap wajib untuk solat.
Contoh ada hadis yang menyebut barang siapa yang pergi berjumpa kepada tukang sihir, ibadah solatnya tidak akan diterima selama 40 hari.
Meskipun tidak diterima, kata Imam Nawawi adalah wajib untuk seseorang itu menunaikan solat.
Kalau tak solat, dia tetap akan diazab di akhirat.
Perjelas Ustaz Azhar, meskipun solat itu tidak diterima namun ibadah tersebut tidak akan dituntut oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.
Meskipun solat itu tidak mendatangkan pahala tetapi ibadah solat kita ini tidak akan dituntut oleh Allah di hari kiamat kelak.
Ini kerana, seseorang Muslim itu tetap mengerjakan solat sepanjang 40 hari ibadah solat yang tidak diterima itu.
Video
@fakri.hadi ” dengar baik baik dan faham baik baik ?? “• * ?Al Fadhil Tuan Guru Ustaz Azhar Idrus * #tuanguru #uai #ustazazharidrus #ceramah #fyp #uaiteam ? original sound – Fakri.Hadi