Pelakon, Nabil Aqil memaklumkan dirinya tidak terasa ketinggalan dan ‘left out’ meskipun adiknya, Imran Aqil sudah mendirikan rumah tangga.
Akui kesunyian
Walau bagaimanapun, pemilik nama Mohammad Nabil Aqil Mohd Salehuddin ini mengakui dirinya berasa kesunyian kerana belum mempunyai teman istimewa.
Nak kata ‘left out’ itu, tak adalah cuma terdetik banyak kali yang saya ini kesunyian.
Bila malam ja rasa macam bosan, tak tahu nak buat apa. Tak ada orang istimewa untuk berhubung ke berborak ke apa.
Jadi saya banyak jalani kehidupan macam biasa seperti tidur, solat, main game dan banyak sibukkan diri ja.
Nabil berkongsi perkara tersebut ketika ditemui sewaktu penggambaran poster sebuah drama di Sri Pentas TV3, baru-baru ini.
Jadi lebih memilih
Ketika ditanya mengenai hubungan percintaan, pelakon drama ‘Budak Tebing 3’ memaklumkan dia menjadi seorang yang lebih memilih selepas kali terakhir bercinta pada 2020 yang lalu.
Saya pernah jalinkan hubungan cinta kali terakhir pada 2020 dan disebabkan perpisahan itu saya jadi lagi berhati-hati dalam memilih pasangan.
Saya nak bersama dengan orang yang nak mengahwini saya dan semestinya saya nak ‘invest’ dari mula kenal sampai dah kahwin.
Saya tak nak buang masa saya lagi sebenarnya. Jadi, sekarang ini saya kena bersabar dan cari yang betul-betul sesuai.
Sebelum ini, Nabil berkongsi tangkap layar memaparkan kiriman mesej yang diterimanya daripada beberapa peminat yang mahu berkenalan dengannya menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).
Apa yang mencuri perhatian iala, Nabil memaklumkan mesej yang dihantar kebanyakannnya daripada golongan lelaki dan kerana itu menyebabkan dia sukar untuk mencari teman wanita.