Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Kesian Dia Kena Gemuk Untuk Next Filem Dia”-Syida Melvin
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @bonnorhidayah yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 86 ribu, tanda suka sebanyak 2,292 dan sebanyak 13 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Melveena Melvin dan Syida Melvin yang memberitahu bahawa abang iparnya iaitu Shaheizy Sam kini tengah mengemukkan diri untuk menjayakan filem terbarunya yang akan datang.
@bonnorhidayah #shaheizysam #syatillamelvin #samtilla #themelvinslive
♬ original sound – BonNor Hidayah – BonNor Hidayah
Rata-rata netizen terhibur melihat adik beradik Melvin itu mengusik abang iparnya itu. Tambah mereka lagi, Shaheizy Sam merupakan seorang pelakon yang sangat komited dalam dunia lakonan.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?