Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Adira Percaya Pada Pembantu Rumah – ‘Dia Baik Hati & Anggap...

    [VIDEO] Adira Percaya Pada Pembantu Rumah – ‘Dia Baik Hati & Anggap Anak-Anak Seperti Anak-Anaknya Sendiri’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Meskipun isu pembantu rumah menjadi antara kebimbangan masyarakat, namun penyanyi Adira Suhaimi tetap positif dan percaya kepada pembantu rumahnya.

    Bibik hanya membantu

    @adirasuhaimi.ami

    Replying to @Mama Ani

    ? original sound – adirasuhaimi.AMI – adirasuhaimi.AMI

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi menjawab persoalan warganet yang menzahirkan kerisauan andai pembantu rumahnya mencetuskan masalah.

    Adira berkata, dia percaya pembantu rumahnya mempunyai hati yang baik dan ikhlas menjaga anak-anak.

    Saya percaya pembantu rumah saya adalah orang yang baik hati, dia anggap anak-anak saya macam anak-anak dia juga. Dia anggap keluarga saya pun seperti keluarganya juga.

    Walaupun mukanya masam, tapi hatinya baik.

    Dalam pada itu, Adira menjelaskan bahawa dia dan keluarganya tak pernah membiarkan pembantu rumah menyelesaikan semua kerja kerana mereka mempunyai tanggungjawab masing-masing.

    Walaupun ada bibik, tetapi tak semua kerja-kerja dalam rumah ini dia kena buat. Kita pun ada bahagian kerja masing-masing. Keluarga saya ramai, kami selalu gotong-royong.

    Saya pun kalau datang rajin, hari-hari akan mop lantai, sapu sampah dan jaga anak.

    Kerja-kerja bibik yang di rumah ini adalah kerja saya dan adik beradik saya juga. Jadi dalam rumah ini tidak ada yang mengatakan bahawa semuanya kerja bibik.

    Tidaklah semua benda bibik nak kena buat. Bibik ada dalam rumah sebenarnya hanya untuk memudahkan kita dan membantu kita sedikit sebanyak.

    Pelantun lagu Ombak Rindu itu juga memberi kebebasan kepada pembantu rumahnya malah dia akan cuba menolong andai wanita itu berada di dalam kesusahan.

    Sebelum dia masuk kerja, saya kata padanya yang penting jadikan rumah ini seperti rumah sendiri dan anggap keluarga saya macam keluarganya.

    Jadi dia nak makan apa, nak masak apa terpulang padanya. Bebas. Kalau dia teringin nak makan apa-apa beritahu saja saya.

    Jika dia ada masalah pun begitu, terus terang sahaja pada saya. Kalau boleh saya bantu, saya akan bantu.

    Alhamdulillah bibik pun selasa dekat rumah. Buat apa yang mampu, yang penting anak-anak.

    Bagaimanapun, penyanyi berusia 33 tahun reda jika suatu hari nanti pembantu rumahnya tidak lagi bekerja di kediamannya.

    Andai kata kalau bibik saya nak balik atau lari sekalipun, saya anggap itu bukan rezeki saya.

    Terdahulu, pelakon Rozita Che Wan memuat naik hantaran dan memaklumkan dua orang pembantu rumah adiknya Ayu Raudhah telah melarikan diri.

    ALSO READ:  TikTokers Kembar 3 Tampil ‘Free Hair’ Ketika ‘Live’ - Netizen Terkejut

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts