Penyanyi, Adira Suhaimi tidak menolak kemungkinan sekiranya takdir menyatukannnya kembali bersama bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu.
‘Yang pegang hati kita Allah SWT’
Jawapan itu diberikan Adira atau nama lengkapnya Siti Adira binti Suhaimi susulan daripada soalan yang diajukan oleh seorang TikTokers terkenal, Acap S di sesi siaran langsung TikTok pada Rabu.
Siapa lah kita nak menolak. Kita bukan sesiapa, yang pegang hati kita Allah SWT.
Tapi buat masa sekarang lah, memang tak ada nampak sinar tu.
Dalam pada itu, Adira atau lebih mesra dengan panggilan Ami seakan memberi bayangan masih menyayangi Datuk Red memandangkan sudah hampir 10 tahun berkongsi hidup sebagai suami isteri.
Sementara itu, Datuk Red akui dia kini lebih selesa menjalinkan hubungan sebagai kawan bersama Adira.
Buat masa sekarang ni, hati saya baik kami berkawan. Andai kata terjadi pun, saya tak nak. Saya rasa lebih baik kami berkawan. Kami dah berbincang sebenarnya. Kami lebih selesa berkawan dan seronok lagi berkawan demi anak-anak.
Video
@uddin.rizqi @Acap S @abg red #acap #datored #adirasuhaimi #PK #terhibur #fyppppppppppppppppppppppp ? bunyi asal – Uddin Rizqi